Love You Mr. Arang | Episod 1

  • 5 years ago
Pembukaan cerita dengan keadaan di sebuah pejabat mewah. Di bilik mesyuarat kelihatan Irma mempengerusikan mesyuarat. Hari ini bahagian promosi sedang memilih model lelaki dan perempuan untuk dijadikan model produk. Hampir semua yang meeting itu staf perempuan yang vogue gitu. Haida sedang menunjukkan gambar beberapa model untuk dijadikan model. Masa Haida memainkan video model lelaki untuk dipilih, staf siap terbeliak mata. Akhirnya, mereka memilih Haziq. Pemilihan ini dibuat oleh Irma sendiri kerana Haziq adalah teman lelakinya walaupun disiplin Haziq sangatlah teruk. Di pejabat, kelihatan Fariz sedang bermesyuarat. Lepas mesyuarat kelihatan Nina bossnya, tergedik-gedik mengajaknya makan tengahari. Fariz pulak kata dia ada hal. Nina seakan merajuk sikit dan mengatakan Fariz kena ingat dia boss tapi Fariz kata dia boss masa kerja aje. Nina bengang dan terus berlalu. Bagi nina, fariz ni terlalu ego dan belagak. Sombong tak bertempat.