Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Dua pelajar lelaki didakwa pukul senior di sekolah

Dua pelajar lelaki mengaku salah di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu menyebabkan kecederaan ke atas rakan sekolah ketika berada di sebuah sekolah di Sungai Petani, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Kedua-dua pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Sungai Petani kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743272/berita/semasa/dua-pelajar-lelaki-didakwa-pukul-senior-di-sekolah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesbuli #pukulsenior
Transcript
00:00Dua pelajar lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Magistrat Sungai Petani pada Rabu menyebabkan kecederaan ke atas rakan sekolah ketika berada di sebuah sekolah di Sungai Petani bulan lalu.
00:11Kedua-dua pelajar tingkatan 3 itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Magistrat, Mohd Azlan Basri ketika pertuduhan dibacakan.
00:18Mengikut pertuduhan, mereka dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang pelajar tingkatan 4 pada jam lebih kurang pukul 12.30 di Dewan Sekolah pada 21 Julai lalu.
00:30Disebabkan itu, mereka telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, di mana hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
00:42Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan agar tidak mengganggu mangsa.
00:51Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pelajar cedera di mata dipercayai ditumbuk rakan sekolah.
01:00Terima kasih telah menonton!

Recommended