Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Social media platforms must ensure that artificial intelligence (AI)-generated content does not spread falsehoods, says Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil.

Read more at https://tinyurl.com/yc346yha

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Yang amat berhormat Perdana Menteri, kalau kita melihat sekarang teknologi yang baru muncul ini,
00:05did fix and the eye ini, saya merasakan bahawa satu cabaran yang hebat.
00:11Soalan saya bagaimana SKM nak mengatasi cabaran baru ini.
00:17Dan kita melihat diulang-ulang, yang amat berhormat Perdana Menteri sendiri menjual saham di dalam YouTube.
00:24Chong Wei, Siti Nohaliza, Tony Fernandez, dan mereka-mereka yang lain yang di-fakekan.
00:32Mana mungkin Tun M 100 tahun boleh hidup menyanyi widuri lagi.
00:36Jadi saya merasakan bahawa ini satu perkara yang kita bimbang, yang mana satu kita nak percaya nanti.
00:43Mengenai isu kecerdasan buatan, khususnya aplikasi generatif AI dengan izin,
00:50yang membolehkan penghasilan kandungan berunsur deepfake.
00:55Seolah-olah seseorang itu mengeluarkan ucapan yang tidak sebenarnya diucapkan oleh individu tersebut.
01:03Memang kita dapati di pelbagai peringkat, sama ada di kerajaan, peruskutuan, maupun di peringkat antarabangsa,
01:11sekarang sedang hebat dibincangkan isu-isu berkaitan kawal selia untuk kecerdasan buatan.
01:18Tapi masih yang sama, di pihak pengguna juga perlu ada satu kesedaran bahawa bukan semua yang kita saksikan
01:27dalam terutama media sosial, itu benar.
01:33Kita perlu ada satu keupayaan untuk melakukan pengesahan yang mudah,
01:38a simple verification mechanism, dan dia bukan sekadar melibatkan generatif AI, gen AI,
01:47seperti deepfake dan sebagainya.
01:50Malah dibincangkan dalam beberapa media barat,
01:55sekarang generatif AI boleh menghasilkan video seolah-olah seorang wartawan itu berada di satu lokasi
02:02untuk membuat pelaporan pasal kejadian yang langsung tidak berlaku.
02:07Maka kita perlu sentiasa waspada.
02:09Tapi kewaspadaan kita tidak mencukupi.
02:13Platform-platform media sosial mempunyai satu tanggungjawab,
02:16di mana mereka tidak boleh membiarkan kandungan-kandungan bersifat deepfake ini
02:20disebar dengan sedimikan rupa.
02:23Itulah antara sebab kenapa pihak MCMC sedang meneliti
02:27keperluan untuk platform-platform media sosial
02:29meletakkan label dengan izin AI generated
02:33ataupun AI enhanced
02:36sama ada kandungan itu telah dihasilkan oleh kecerdasan buatan
02:41ataupun ia telah ditambah baik ataupun diolah dengan kecerdasan buatan.
02:47Kita lihat ini boleh dilaksanakan melalui Akta 868
02:55ataupun Akta Keselamatan Dalam Talian, ONSA
02:59dan kita jangkakan setelah beberapa peraturan disiapkan oleh pihak MCMC
03:04insyaAllah ONSA dapat digunapakai pada hujung tahun ini
03:09dapat berkuat kuasa pada hujung tahun ini.
03:17Terima kasih telah menonton!

Recommended