Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Members of Parliament (MPs) to foster a culture of respectful and civilised discourse in the Dewan Rakyat, free from insults and profanity.

Speaking at the finals of the 2025 Prime Minister's Cup Debate on Saturday (July 26), Anwar praised the participants for their eloquence, confidence, well-reasoned arguments, and effective use of facts—qualities he said MPs should emulate.

He added that values such as ethics and good manners must be deeply rooted in the national education system, noting that the vision of a Madani Malaysia cannot depend solely on artificial intelligence, digitalisation, or emerging technologies.

Read more at https://tinyurl.com/2uny6587

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Yang amat berhormat, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, untuk menyampaikan ucapan.
00:07Majin dengan segala hormatnya, mempersilahkan.
00:10Seperti mana disebut oleh Fadlina, bangga sekali dengan tahap perdebatan yang dicapai.
00:19Saya renung sebentar.
00:23Apakah salahnya kalau ahli parlement belajar daripada...
00:30Pertama, untuk berbahas, kita kena menguasai ilmu, menghadam dan kemudian mengolah dan melakar seterusnya menyampaikan.
00:47Dan saya lihat dalam soal kejelasan buatan, AI, satu subjek yang disebut sebagai teknologi baru.
01:01Itu ilmu yang, disiplin yang baru, yang mencabar, yang memerlukan persiapan.
01:08Dan anak-anak dari tingkatan 3, 4, 5, sudah menunjukkan contoh dan tahap perbahasan yang hebat saya selalu.
01:17Dia, perdebatan ini, itu perbahasan, bukan sekadar kepintaran berbicara.
01:33Tetapi, keupayaan untuk menguasai, menelah, dan menguasai, menghadam, dan melontarkan.
01:42Sebab itu, saya rasa, atas faktor itu yang pertama, yang harus dipelajari oleh bapak-bapak kita di Dewan Rakyat yang sekarang sedang bersidang.
01:53Yang kedua, yang terkait adalah perbicaraan dengan mempertahankan bahasa dan budaya yang sopan, tegas tetapi sopan.
02:12Tidak menghina, tidak mencaci.
02:18Ini yang disebut, adab dan akhlak.
02:22Dan ini ditunjukkan oleh anak-anak pembahas tadi, yang harus dipelajari oleh Hali-Hali Parlemen Malaysia.
02:29Maknanya, kita boleh berbeda pendapat, dan boleh keras dalam berbeda pendapat, dan boleh tegas dalam menyampaikan hujah, melontarkan idea.
02:46Tapi tidak semestinya, cara menghina, mengaibkan, mencaci, dan menghihamun.
02:54Apalagi kalau guna lambang dan label Islam untuk pertahankan.
02:58Jadi itu, saya harap oleh kerana siaran ini, siaran langsung, mungkin RTM boleh ulang sedikit beberapa aspek perdebatan.
03:15Dan saya nanti minta supaya pengacara akan sebut khusus untuk bapak-bapak dan ibu-ibu, ahli-ahli Parlemen yang bersidang sekarang.
03:28Sebab itu, di antara karya besar yang telah saya usulkan untuk disebarkan di kalangan anak-anak di sekolah,
03:39adalah karya seorang ulamak usul fikah.
03:42Pernah mengetuai institut pemikiran Islam sedunia, Mahad al-Fikr, International Institute of Islamic Thought.
03:54Dia, ustaz usul fikh, antar kemuka.
03:58Namanya, Sheikh Taha Jabir al-Alwani.
04:01Karya dia, adabul ikhtilaf il-Islam.
04:05Banyak ikhtilaf itu dimungkinkan.
04:09Tapi ikhtilaf itu mesti beradab.
04:12Dan Islam menetapkan.
04:14Dan ini ada hubungan dengan nilai dan akhlak.
04:17Bila kita bicara soal negara madani,
04:21negara madani itu tidak hanya AI dan digital dan teknologi baru.
04:26Tapi, mesti diterapkan dengan asas nilai dan akhlak yang kukuh.
04:32Dan ini, yang dihujahkan oleh Sheikh Taha dalam adabul ikhtilaf.
04:39Perbedaan, pendapat, dengan adab.
04:44Dengan dasar adab.
04:46Untuk dunia pendidikan, yang saya percaya disampaikan oleh menteri dan negara-negara di Kementerian Pendidikan.
04:54Saya selalu gunakan ungkapan.
04:58Kerana cabaran semasa itu menuntut kita menggapai.
05:02Soalnya menggapai di langit.
05:04Ilmu baru, kaedah baru.
05:06Yang kami dengan rasa saya tidak terdedah.
05:10Kami tidak pernah kenal.
05:12Apa yang disebut digitalization, komputer, AI, transisi tenaga.
05:19Ini semua disiplin baru.
05:21Dan ilmu baru dan teknologi baru.
05:23Maknanya, kalau kita, Malaysia ini mahu mencapai kemajuan.
05:31Kita mesti menguasai ilmu.
05:33Termasuk ilmu baru.
05:34Maka, seolah-olah menggapai langit.
05:38Teknologi baru itu menggapai langit.
05:39Yang canggih.
05:41Kadang-kadang, bapak-bapak atau nenek kita di rumah agak tidak tahu sama sekali.
05:45Saya bingung kalau sudah nak sampaikan hujah seperti ini.
05:50Adalah bahasanya mencerakinkan.
05:53Sementalahan itu menerusi.
05:56Itu saya dengar tadi.
05:58Itu anak-anak tingkatan 3, 4, 5.
06:01Penguasaan bahasa Melayu pun mantap.
06:03Baik sekali.
06:04Jadi, terima kasih.
06:11Ini menunjukkan mutu guru-guru kita itu memang hebat dan handal.
06:17Dan terima kasih.
06:18Saya dalam kerajaan terpaksa menyebut perkara ini.
06:25Kerana kalau kadang-kadang sudah dengar hujah-hujah di luar.
06:29Apalagi dalam dunia politik.
06:31Itu hanya kecaman.
06:32Merendah-rendahkan.
06:33Ada masalah-masalah.
06:35Tentu ada masalah.
06:36Guru-guru.
06:37Tetapi, kenyataannya itu kita lihat.
06:40Bila kita saksikan keupayaan, kepantasan berhujah.
06:46Penguasaan ilmu.
06:48Penguasaan bahasa yang baik.
06:52Ini tentunya kerana kesungguhan anak-anak.
06:57Kerana dedikasi guru-guru.
07:01Mudah-mudahan dengan bimbingan ibu bapak juga.
07:04Jadi, saya pergi pihak kerajaan.
07:07Nak lahirkan rasa terharu saya.
07:10Kecintaan saya.
07:12Kepada anak-anak guru-guru dan ibu bapak.
07:15Yang mendorong ke arah.
07:17Penguasaan ilmu.
07:18Menggapai langit.
07:19Tetapi,
07:20meteraskan kepada nilai dan akhlak dan budaya kita sendiri.
07:26Sebab itu saya sebut,
07:27Menggapai langit.
07:28Mengakar ke bumi.
07:30Itu falsafah pendidikan kita.
07:33Kalau kita akar ke bumi sahaja tentang tradisi dan budaya dan sejarah dan seni lama dan khazanah, tidak cukup.
07:41Kalau kita hanya bicara soal ini, AI dan digital dan semua ilmu-ilmu yang canggih pun tidak cukup.
07:50Kerana kemanusiaan itu memerlukan alunan, gabungan, keserasian, sinergi di antara yang mencabar ilmu canggih dan akar tradisi.
08:06Menggapai di langit, mengakar di bumi.
08:11Bila kita bicara soal gama, Islam sebagai landasan, nilai dan akhlak, itu berteraskan kepada nilai yang berakar di bumi.
08:22Kalau dalam pertemuan saya, tentulah saya bertemu dengan Presiden CEO Google,
08:29Bicara dengan Elon Musk,
08:32Bicara dengan Ruth dari Google,
08:36Dan Jensen dari NVIDIA,
08:40Dan CEO dari Infineon.
08:42Ini syarikat-syarikat korporat gergasi besar dalam dunia AI dan pemikiran chips.
08:49Selalu saya lontar ke satu soalan.
08:56Tentang keupayaan AI yang boleh memenuhi cita rasa, hati nurani, damir, manusia.
09:09Semuanya bicara dan jawapannya spontan dan tuntas.
09:16Apa dia?
09:18Apa yang dilontarkan dan dimuntahkan oleh AI, termasuk cek-cepeti, Google dan sebagainya itu,
09:25Adalah apa yang dihadam, dimasukkan ke dalam apps mereka.
09:32Itu cabaran kita.
09:33Melatih anak-anak, bukan saja menguasai, menggapai di langit,
09:39Tetapi, melatih mereka supaya menguasai ilmu,
09:43Tetapi pertahankan nilai akidah, akhlaq, syaksiyah, nilai seni, budaya, tempatan.
09:51Sebab itu dalam latihan kita, mesti kita gabungkan ini.
09:55Kerana tanpa alunan ini, kita hanya akan memenuhi acuan barat.
09:59Kita sudah berdeka, berdaulat, faham Islam, tetapi bila soal AI,
10:04Sepenuhnya yang dimuntahkan dari peralatan canggih,
10:11Mengikut pemikiran dan nilai barat.
10:14Jadi, sementara kita terpaksa dalam keadaan sekarang,
10:18Menggapai langit dari usaha dan teknologi mereka,
10:22Sama hanya barat, atau China, atau India.
10:24Tetapi, mesti latih anak-anak supaya kenal,
10:30Tak ada jati diri, ada nilai, ada akhlaq dan ada kekuatan.

Recommended