Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada tekanan yang akan menjejaskan dasar negara termasuk rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berkaitan tarif.
00:01Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada tekanan yang akan menjejaskan dasar negara, termasuk rundingan dengan AS berkaitan tarif.
00:12Beliau berkata walaupun pelaburan dan perdagangan dengan AS adalah tinggi, Malaysia mempunyai red line dalam rundingan iaitu dasar bumi putra tidak boleh diganggu meskipun dianggap diskriminatif oleh pihak luar.
00:24Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peluang kepada syarikat tempatan juga perlu dipertahankan dalam rundingan dengan AS.
00:34Beliau turut menegaskan pendekatan Malaysia lebih teliti dan tegas demi memastikan kepentingan negara terjaga.
00:42Pada masa sama hubungan perdagangan dengan negara lain termasuk China dan ASEAN terus diperkukuh sebagai langkah mempeluas pasaran.