00:00Penyampaian perkhidmatan awam di Sarawak kekal lembab walaupun jumlah dun ditingkatkan disebabkan kurangnya kuasa kepada majlis kerajaan tempatan, kata ahli akademik.
00:11Tricia Yuh dari Sekolah Politik dan Hubungan Antarabangsa University of Nottingham Malaysia berkata,
00:17punca sebenar kelemahan perkhidmatan bukanlah kekurangan wakil rakyat tetapi kewalaiketat pihak eksekutif negeri terhadap dana pembangunan, kuasa perancangan dan takbir urus tempatan.
00:29Katanya kepada FMT, walaupun gabungan parti Sarawak memegang jumlah kerusi terbesar dalam dun, penyampaian perkhidmatan tempatan di Sibu dan kawasan lain kekal lembab kerana sekatan di peringkat negeri bukan kerana kekurangan wakil.
00:42Beliau berkata, menurut Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak 1996, majlis tempatan tidak mempunyai kuasa perancangan, sebaliknya hanya bertindak sebagai ejen yang menyediakan perkhidmatan kebersihan kepada penduduk.
00:56Katanya lagi, agihan kerusi yang lebih adil mungkin meningkatkan kesaksamaan politik tetapi selagi tiada reformasi struktur yang memberikan kuasa kepada majlis tempatan, dari segi perancangan, bajet dan sumber manusia, penyampaian perkhidmatan akan terus tersekat.
01:12Dun Sarawak baru-baru ini meluluskan rang undang-undang untuk menambah jumlah kerusi dari 82 kepada 99.
01:21Naik Presiden Kanan Parti Pesaka Bunputera Bersatu Fadillah Yusuf berkata, penambahan kerusi itu bermakna akan ada lebih ramai wakil rakyat untuk kawasan luar bandar sekaligus membolehkan suara komuniti tempatan didengar dalam rangka dasar.