Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pekerja kedai pancing didakwa bunuh bayi

Seorang pekerja kedai menjual alat memancing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Alor Gajah, pada Jumaat atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan berusia 19 bulan, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Isyraf Hifhzan Abdullah, 20, berikutan kes bunuh berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian bayi perempuan berusia 19 bulan di tingkat tiga sebuah kedai di Bandar Satelit Pulau Sebang, kira-kira jam 9 malam pada 6 Julai lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739220/berita/semasa/pekerja-kedai-pancing-didakwa-bunuh-bayi

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #bunuhbayi #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Seorang pekerja kedai menjual alat memancing dihadapkan ke Mahkamah Magistrat di Alul Gajah pada Jumaat atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan berusia 19 bulan, 2 minggu lalu.
00:13Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Muhammad Israf Hifsan Abdullah, 20 tahun, berikutan kes bunuh berkenaan berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:25Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian bayi perempuan berusia 19 bulan di tingkat 3 sebuah kedai di Bandar Satelit Pulau Sebang, kira-kira jam 9 malam pada 6 Julai lalu.
00:38Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali jika sabit kesalahan.
00:52Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Fikri Hakim Zamri yang tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon tarikh baharu bagi laporan bedah siasat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
01:05Magistrat Dr. Toh Shuyi kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh 23 September depan untuk sebutan semula kes.
01:14Pada 7 Julai lalu Sinar Harian melaporkan seorang bayi perempuan berusia 15 bulan disyaki maut didera ibu dan teman lelakinya di sebuah kedai di Bandar Satelit Pulau Sebang.
01:26Nasib malang yang menimpa bayi itu terbongkar selepas wanita berusia 24 tahun yang telah bercerai tahun lalu membawa anaknya ke hospital Tampin pada kira-kira jam 11 malam selepas anaknya didakwa tidak sedarkan diri.
01:40Sumber berkata pemeriksaan doktor ke atas bayi tersebut menemui beberapa kesan lebam pada perut dan belakang badan mangsa selain kecederaan pada lubang dubus sebelum membuat laporan polis.
01:52Terima kasih telah menonton!

Recommended