Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pelabur memberi perhatian semula kepada FBM KLCI yang terus merosot meskipun ringgit menunjukkan pengukuhan minggu ini. Bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan meneliti faktor-faktor yang menekan indeks utama negara.
Transcript
00:00Tumpuan pasaran minggu ini terarah kepada FBM KLCI yang berlega sekitar 1,508 mata selepas susut 0.7% minggu lalu dan 8.16% setakat tahun ini.
00:12Persoalannya, kenapa indeks utama terus lemah walaupun ringgit mengukuh dan pasaran serantau mula stabil?
00:18Dan paling membimbangkan sekali adalah pelabur asing kembali menjadi penjual bersih dua minggu berturut-turut berbeza dengan aliran masuk modal pada April.
00:25Dan sudah bersedia dalam talang untuk mengulas lebih lanjut mengenai situasi ini adalah Mohd Siddiq Jantan, Ketua Penyedidikan Pelaburan UOBK Hian Wealth Advisors.
00:34Saya nak ucapkan terima kasih Siddiq kerana sedi melakukan masa bersama kami.
00:36Sudah tentu apabila kita lihat pasaran tempatan naik turun yang amat ketara, penting untuk kita memahami apakah antara faktor yang menjadi penyumbang utama.
00:44Jadi saya akan tanya terus, kenapa FBM KLCI jatuh semula selepas pulih pada April?
00:49Okey, baik Nina. Kalau kita tengok FBM KLCI yang bergerak pada paras 1,508 iaitu berlaku pemulihan pada April iaitu sebanyak 8%.
01:04Ianya pada minggu ini, pada minggu lepas memasuki pasal pembetulan yang dipacu oleh beberapa faktor.
01:11Kalau kita tengok ada dua faktor yang utama iaitu pengambilan untung pendabur institusi iaitu pendabur institusi termasuk dana pelaburan tempatan dan asing mengambil kesempatan untuk mengambil ataupun lock the profit ke atas kenaikan April untuk mengunci keuntungan selepas rally teknikal.
01:33So ini terutamanya kalau kita tengok mempengaruhi saham berkapital tinggi iaitu seperti saham dalam sektor pembaikan tenaga yang menyumbang kepada penurunan indeks.
01:45So itu yang pertama. Yang kedua kalau kita tengok adalah laporan pendapatan korporat yang sedikit mengecewakan.
01:51Kalau kita tengok untuk suku pertama 2025, dia menyaksikan prestasi pendapatan yang sedikit lebih demah daripada syarikat utama seperti syarikat perbankan dan juga telekomunikasi.
02:04So keputusan ini yang gagal memenuhi jangkaan penganalisis mencetuskan semakkan semula ke atas unjuran pertumbuhan dan mendorong pelabur untuk mengurangkan pendedahan kepada syarikat ataupun saham berkaitan.
02:19So penurunan ini kalau kita tengok ianya mencerminkan kelemahan struktur dalam komposisi IBM KSI yang terlalu bergantung kepada syarikat tradisional seperti perbankan dan juga komuniti.
02:30So berbanding dengan pasaran serantau yang lain iaitu seperti kalau kita tengok di Vietnam dan juga India, Malaysia, IBM KSI Malaysia ia kekurangan pendahan kepada sektor pertumbuhan tinggi seperti teknologi, AI yang menghadkan daya tarikan indeks dalam fasa pemulihan.
02:49Dan kenapa pasaran saham Malaysia lemah walaupun ringgit semakin kukuh?
02:54Okay ni satu persoalan yang sering kita dengar iaitu walaupun ringgit kalau kita tengok sekarang ni dia mengukur sebanyak 2% berbanding dengan USD dalam 2 minggu ataupun 3 minggu terakhir pasaran saham dia mencerminkan sedikit kegagalan dalam sentipal positif.
03:15So kalau kita tengok ringgit mengukur tetapi pasaran saham IBM KSI ataupun indeks-indeks yang lain melemah.
03:23So ada beberapa faktor iaitu yang pertama fokus pelaburan pada asas ekonomi iaitu pengukuhan ringgit sepatutnya mengurangkan kos import dan meningkatkan daya saing sektor pengguna dan juga logistik.
03:38Itu yang semua orang tahu tapi pelabur lebih mementingkan asas ekonomi domestik seperti pertumbuhan KDNK iaitu kalau kita tengok pada kuarta yang pertama iaitu setakat 4.1% dan pelaksanaan dasar kerajaan yang dilihat sedikit tidak align dengan jangka masa yang ditetapkan.
04:08So yang kedua adalah faktor luara yang mendominasikan pengukuhan ringgit.
04:13So kebanyakan ataupun market telah mengenal pasti punca pengukuhan ringgit ianya disebabkan oleh kelemahan USD itu sendiri dan bukan disebabkan oleh pengukuhan asas ekonomi.
04:28So pelabur mempercayai bahawa keadaan ini tidak memberi apa-apa kelebihan kepada pasaran saham.
04:39So ini mengurangkan impak positif kepada ekuiti Malaysia kerana pelabur kekas skeptikal terhadap pemulihan struktur ekonomi.
04:46Dan yang ketiga yang kalau saya boleh katakan adalah kekurangan pemangkin pasaran.
04:51So kalau kita tengok tiada pengumuman dasar utama ataupun projek pelaburan besar sejak bulan Mac yang telah menyebabkan pasaran kekurangan naratif pertumbuhan yang kukuh.
05:06So berbeza dengan pasaran serantau seperti Vietnam yang mendapat manfaat daripada pelaburan atau FDI yang meningkat.
05:13So ketidaksesuaian antara pengukuhan ringgit dan juga prestasi pasaran saham menyelahkan cabaran struktur Malaysia dalam memanfaatkan kelebihan matawang iaitu pengukuhan matawang.
05:25So kalau kita tengok pelabur domestik boleh mempertimbangkan sektor yang fokus kepada domestik ekonomi iaitu seperti sektor penggunaan iaitu runcit yang boleh mendapatkan manfaat langsung daripada kos import yang lebih rendah.
05:42Dan apa yang berbezakan prestasi FBM KSI berbanding pasaran serantau?
05:46So kalau kita tengok FBM KSI dia kurang cemerlang berbanding dengan pasaran seperti di Indonesia dan juga Vietnam ataupun even kalau kita comparekan dengan India kerana terdapat sentimen ataupun katalis yang membantu pasaran berkaitan untuk menarik minat pelabur.
06:10So seperti contoh kalau kita tengok naratif pertumbuhan yang kurang menarik ni di Vietnam dan India dia menawarkan naratif pelaburan yang kukus melalui reformasi struktur.
06:20Contoh kalau kita tengok insentif FDI di Vietnam dan pertumbuhan sektor teknologi.
06:26Sebaliknya kalau kita tengok di Malaysia kita masih bergulut dengan persepsi ketidaktentuan ekonomi yang disebabkan oleh faktor luaran
06:34termasuk ketidaktentuan mengenai pelaksanaan cukai baru dan penyelarasan subsidi itu yang berlaku di dalam ekonomi Malaysia.
06:44Dan yang kedua adalah komposisi indeks yang konservatif iaitu FBM KSI ni dia didominasi oleh sektor yang difensi seperti perbankan, peladangan dan utiliti
06:56yang kurang dinamik dalam menangkap pertumbuhan global seperti yang saya katakan tadi sektor teknologi dan juga AI.
07:04Sebaliknya kalau kita tengok ke dalam KOSPI indeks di Korea Selatan dan juga Taiwan,
07:10dia yang melonjak kerana pendedahan kepada syarikat semiconductor dan AI seperti Samsung dan juga TSMC.
07:18yang ketiga kalau kita tengok aliran pelaburan asing kalau kita tengok di Vietnam dia meningkat sebanyak 10% dalam masa tahun ini
07:31dan juga India 12% year to date menarik aliran masuk asing yang konsisten kerana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat
07:41dan juga dasar pro-pelaburan. Sebaliknya Malaysia mencatatkan aliran luar bersih 400 juta, lebih kurang 400 juta dalam 2 minggu terakhir
07:49mencumpulkan kekurangan tenaga, kekurangan keyakinan asing.
07:55So kalau kita buat pembandingan antara apa yang berlaku di FBM KSI dan juga apa yang berlaku di Vietnam dan juga di negara-negara Asia,
08:03Vietnam dia naik sebanyak 10% year to date disokong oleh pertumbuhan ekspor dan juga pelaburan dalam sektor industri dan juga teknologi.
08:14Kalau di Jepun pula kalau kita tengok Nikkei 225 dia menonjak 15% didorong oleh reformasi takdir urus corporate dan permintaan global terhadap
08:24saham teknologi Jepun dan FBM KSI naik sedikit kalau kita tengok dalam bulan 4 berbanding daripada bulan 1
08:36ianya terhalang oleh pergantungan kepada sektor tradisional dan juga ketidakpastian dasar.
08:42So untuk bersaing dalam pasaran serantau Malaysia perlu mempercepatkan pelaksanaan inisiatif seperti pelan induk perindustrian baru 2030 NIMP
08:53dan mempromosikan pelaburan dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti sektor teknologi hijau dan juga digital.
09:00Baik, itu adalah antara kedudukan pelaburan ataupun pasaran Malaysia dan juga kalau kita bandingkan dengan peringkat serantau
09:07dan salah satu cara untuk Malaysia bersaing di peringkat serantau adalah untuk mempercepatkan inisiatif NIMP 2030
09:15serta promosikan pelaburan terhadap pertumbuhan tinggi dalam teknologi hijau, teknologi digital.
09:19ini adalah kedudukan pasaran serantau ketika ini.
09:23Jadi melihat kepada aspek seterusnya, Siddiq, kenapa pelaburan asing menjadi penjual bersih untuk dua minggu kebelakangan ini?
09:32Okey, kalau kita tengok pelaburan asing iaitu kebanyakan daripada pelaburan institusi,
09:38mereka mengambil keputusan untuk menjual pegangan mereka untuk mendapatkan keuntungan
09:44iaitu keuntungan yang diperolehi pada bulan 4 sampai bulan 5 iaitu ada pembetulan teknikal pada bulan 4
09:52iaitu kalau kita tengok indeks ABM KXM menjunam pada awal April tetapi menaik kembali pada minggu kedua bulan April
10:02dan ini memberi profit kalau kita tengok dalam bahagian penurunan sehingga pada hujung bulan April itu
10:09sebanyak lebih kurang dalam 10%.
10:12So untuk pelabur institusi iaitu pelabur asing, mereka melakukan yang pertama rebalancing portfolio global
10:21iaitu dengan pemulihan kalau kita tengok persekitaran global, pelabur asing mengalihkan modal kepasaran yang lebih berpotensi tinggi
10:29berbanding dengan Malaysia dengan pertumbuhan KDNK yang sedikit perlahan iaitu 4.1% yang kurang menarik dalam konteks ini.
10:40yang kedua kalau kita tengok kekurangan pemangkin domestik seperti yang saya katakan tadi tiada pengumuman dasar
10:46dan yang ketiga kalau kita tengok faktor global, ini faktor yang sering menjadi halangan kepada ABM KXM berbanding dengan indeks-indeks yang lain
10:58kerana ABM KXM kekurangan kecairan iaitu pelabur runcit tidak banyak dan juga fokus dalam ABM KXM terlalu bersifat sektor defensif
11:10So ini adalah apa-apa yang berlaku dalam keadaan di US ataupun di China memberi tekanan kepada Malaysia
11:19So jangkaan penangguhan pemotongan mungkin kita boleh lihat dalam tarif US itu yang berkemungkinan memotong resipu ke tarif daripada 24% kepada 10%
11:32boleh meningkatkan hasil equity di Malaysia tetapi pada masa yang sama penurunan ataupun pemotongan tarif itu boleh meningkatkan hasil bon di AS
11:44dan bila pelabur membuat comparison ataupun pembuat pembandingan sama ada untuk melabur di equity ataupun di bond
11:51kebanyakan pelabur akan beralih kepada pelaburan untuk di dalam bond AS dan ini menyebabkan pelabur kembali kepada aset selamat seperti dolar AS
12:02atau pasaran maju seperti Amerika Syahkat, Jepun dan juga yang lebih liquid. So aliran keluar ni mungkin bersifat sementara kalau saya boleh katakan
12:11sebab apabila indeks ABM KXM itu turun melepasi RM1500, kita boleh lihat bagian hunting akan berlaku iaitu pelabur akan mencari indeks-indeks yang
12:27berkapital tinggi tetapi didagangkan dalam harganya rendah untuk untuk mendapat ataupun meningkatkan komposisi pelaburan mereka.
12:38Baik ini adalah antara situasi pelabur kalau kita saksikan sejak dua minggu kebelakangan ini melihat kepada apakah antara faktor utama pelabur asing menjual
12:48menjual iaitu kita lihat menjadi pencoba seh untuk dua minggu adalah disebabkan rebalancing portfolio global melihat kepada pasaran dunia semakin pulih
12:58dan antara faktornya adalah kekurangan pemangkin domestik termasuk juga dengan faktor global yang menekan pasaran yang baru muncul ini.
13:06Walaupun kita lihat aliran keluar besi ini dilihat sementara tapi penting seperti yang saya dikongsikan dan nasihatkan tadi untuk kita
13:12memanfaatkan pada harga saham yang berada dalam keadaan yang rendah ketika ini dan kumpul antara saham-saham berkualiti bergerak ke hadapan itu
13:22adalah antara keadaan dua minggu ataupun dua minggu sejak kebelakangan ini.
13:26Tetapi apa yang perlu diperhatikan pelabur domestik untuk minggu depan?
13:29Ok baik inilah kalau kita tengok untuk minggu depan minggu ini iaitu dalam bulan Jun ini biasanya pada awal bulan banyak data-data ekonomi yang akan dikeluarkan iaitu kita tengok data makro ekonomi seperti indeks pengguna pengurusan pembelian PMI.
13:49So SMP PMI ini kalau kita tengok untuk keseluruhan negara-negara di Asia dikeluarkan pada minggu ini dan kita tahu sekiranya PMI itu jatuh di bawah paras 50
14:01ianya menunjukkan ekonomi menguncul. Tapi kalau kita tengok daripada bulan 1 sehingga bulan 5 sekiranya PMI itu berada di bawah 50
14:13tetapi dalam keadaan meningkat iaitu seperti daripada 46 hingga 48 lepas itu 49 ianya juga menunjukkan apa nama recovery di dalam ekonomi negara tersebut.
14:31So kita boleh tengok indeks pengurusan pembelian PMI iaitu sama ada ianya meningkat ataupun menguncul data eksport dan juga penjualan runcit yang boleh memberikan gambaran tentang momentum ekonomi domestik.
14:45So yang kedua adalah pergerakan antara nilai ringgit dan juga USD. Kalau kita tengok USD kita boleh refer pada indeks DSY iaitu indeks dolar AS.
14:57So kalau indeks dolar AS itu terus melemah ringgit mungkin kekakukur dan bukan sahaja ringgit kekakukur tetapi negara-negara dirantau Asia juga kekakukur.
15:09So ini berpotensi untuk menarik aliran modal asing ataupun aliran tunai asing ke pasaran Asia negara termasuk Malaysia.
15:21Dan pada masa yang sama ia boleh menyokong saham dalam sektor eksport seperti pembuatan dan juga logistik.
15:28So akhir sekali adalah petunjuk dasar Bank Negara Malaysia. So kita boleh lihat sama ada apa-apa memo ataupun kenyataan media yang dikeluarkan oleh Bank Negara.
15:45So ini boleh memberi sedikit panduan kepada pelabur.
15:51Terima kasih.
15:52Terima kasih.

Recommended