Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Persiapan fasiliti dan prasarana untuk jemaah haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina kini telah siap lebih 95 peratus hasil kerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan haji, Masyariq Al-Masyiah, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, khemah, permaidani, tilam, bantal dan sistem penyaman udara tambahan telah disediakan bagi memastikan keselesaan jemaah, khususnya dalam menghadapi cuaca panas yang agak mencabar tahun ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730742/berita/nasional/penyaman-udara-ditambah-untuk-keselesaan-jemaah-di-arafah-mina

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah  #Haji #Haji2025 #JemaahHaji

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara menunggu hari wukuf ini, tabung haji telah akan memastikan supaya semua jemaah haji kita bersedia untuk wukuf di Arafah sebagai satu rukun daripada wukun-wukun haji.
00:15Sementara itu, untuk persiapan wukuf dan juga manasih haji dari Arafah, Muzalifah dan Mina, Alhamdulillah dengan kerjasama syarikat Masyari Al-Masyah, segala fasiliti dan peserana yang diperlukan telah pun siap, hampir siap sepenuhnya.
00:36dan kita dapat lihat pada hari ini di kemah Arafah ini, kemah-kemah telah pun diletakkan kapek dan juga tilam-tilam dan bertambantal untuk para jemaah berwukuf.
00:49Dan bagi menangani masalah cuaca yang agak panas pada kali ini, seperti tahun lepas juga terdapat tambahan pahawa dingin untuk memastikan keselesaan dan supaya jemaah dapat berehat dengan baik di dalam kemah.
01:05Jadi kita juga memastikan supaya ada free flow ataupun minuman air mineral yang mencukupi untuk setiap jemaah kerana waktu cuaca dan hawa yang panas ini, memerlukan mereka minum air lebih banyak.
01:22Dan segala persiapan berkaitan sajian dan sebagainya telah pun kita sediakan insyaAllah.
01:31Sementara itu di Muzalifah, lima haji kita akan bergerak daripada Arafah ke Muzalifah.
01:38Dan Muzalifah ini adalah tempat yang lapang di mana pihak syarikat Al-Masyah menyediakan kapek untuk mereka berehat di situ sementara Mabit.
01:48Dan pada tahun ini, insyaAllah para pakar rujuk berkaitan ibadah haji telah menetapkan tarikh tengah malam ialah pada pukul 11.36 minit malam.
02:03Jadi dengan itu, para jemaah haji pertamanya boleh bermabit di Muzalifah selepas tengah malam, melontar jam dah kubur di Mina ataupun bertahalul ataupun terus ke Mekah untuk melakukan tawaifah.
02:23Jadi waktu tersebut amat penting untuk bergerakkan jemaah haji daripada Arafah ini ke tempat-tempat iaitu Muzalifah dan Mina ataupun Mekah seterusnya.
02:37Seterusnya, dari segi untuk Mabit di Mina pada 11, 12 dan 13 bulan, waktu Mabit adalah pada kadar 4 jam 35 minit.
02:54Jadi waktu bermabit di Mina adalah 4 jam 35 minit selepas waktu Maghrib.
03:01Seterusnya, di Mina, persiapan kemah-kemah di Mina pun telah pun juga siap dan walaupun bagauna pun di Mina tempat ini adalah terhad dan lebih sempit.
03:14Kita akan cuba memastikan semua jemaah haji Muzalifah mempunyai tempat di Mina dan insyaAllah dengan persiapan kita dan persediaan dan kerjasama dengan syarikat Al-Masyah,
03:28kita akan memastikan supaya keselesaan dan juga kemudahan yang diberikan pada jemaah haji diteruskan.

Recommended