Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
V
Transcript
00:00Dan tahun 2025 menandakan detik penting buat ASEAN, genap sedekat sejak penubuhan rasmi komuniti ASEAN.
00:07Satu usaha besar yang menyatukan 10 negara di bawah visi bersama demi keamanan, kemakmuran dan kerjasama serantau.
00:14Wartawan Khalis Qadir yang mengikuti taklimat tertutup mengenai visi ini di Ibu Negara, ada laporannya.
00:19Khalis, kalau ada perinciannya, silakan terus dengan laporan anda.
00:23Ketika ASEAN bersiap-sedia untuk memperingati perjalanan sedekat ini, satu baharu bakal bermula.
00:34Di mana pada sedang kemuncak ASEAN ke-46 yang akan membuka tirai hujung minggu ini,
00:40para pemimpin rantau ini dijangka meluluskan visi komuniti ASEAN 2045.
00:45Ia sebuah kerangka strategik jangka panjang yang akan menentukan hala tujuh ASEAN untuk dua dekad akan datang.
00:53Di mana visi ini akan menggantikan visi komuniti ASEAN 2025 yang turut diterima pakai di Kuala Lumpur pada 2015.
01:01Dan dokumen itu menjadi asas kepada integrasi serantau,
01:05perintasi tiga tuanggat utama iaitu politik keselamatan, ekonomi dan sosio budaya.
01:11Dan visi 2045 ini memperkukuh asas tersebut dengan aspirasi yang lebih tinggi
01:17di mana ia mengulangi komitmen politik negara-negara ASEAN untuk membina rantau yang aman, stabil, selamat, makmur, inklusif
01:25di mana ia berasaskan undang-undang serta berorientasikan rakyat dan berpusatkan rakyat.
01:31Ia bukan sekadar dokumen masa hadapan tetapi juga satu pengesahan bahawa ASEAN bersedia menghadapi cabaran jangka panjang
01:39seperti perubahan iklim dan gangguan digital sambil mengekalkan prinsip kepimpinan kolektif dan semangat serantau.
01:47Dan hari ini, Menteri Pelaburan, Dangangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul, Tengku Abdul Aziz
01:52bersama MITI dan juga Sekretariat ASEAN mengadakan taklimat tertutup bersama media
01:58berkenaan dengan visi tersebut di bawah tonggak ekonomi.
02:01Perinciannya masih lagi rahsia namun pelan strategik AEC yang menjadi sebahagian daripada visi komuniti ASEAN 2045 ini
02:10dijangka membuka peluang untuk memperkukuh kedudukan ekonomi ASEAN serta memperdalam integrasi ekonomi serantau.
02:17Dan ini akan membawa manfaat ketara pengukuhan dagangan dan pelaburan dan juga sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana PKS
02:26serta pengurangan halangan perdagangan berhentasi sempadan di mana pengesport, penghilang dan inovator Malaysia
02:33dijangka mendapat manfaat daripada ekonomi ASEAN yang lebih terhubung dan berdaya saing
02:39manakala keyakinan pelabur terhadap kedudukan Malaysia di rantau ini juga dijangka meningkat.
02:44Dan pastinya visi ini terus selari dengan keutamaan strategik negara di bawah kerangka ekonomi madani
02:50terutama dalam aspek pendigitalan, pertumbuhan hijau dan pembangunan mampan.
02:55ia menyokong sasaran nasional melalui inisiatif serantau dalam ekonomi digital, ekonomi kitaran dan kelestarian.
03:02Dan sudah tentu ramai yang ingin tahu bagaimana visi ini membawa peluang pembangunan kemahiran,
03:07mobiliti berantas negara serta penyesuaian yang lebih baik antara sistem pendidikan dan keperluan pasaran kerja
03:15bagi memastikan rakyat kita bersedia menghadapi masa depan ASEAN yang semakin dinamik.
03:21Dan ketika ASEAN melangkah ke arah 2045, visi bersama ini bukan sahaja mencerminkan hala tujuh rantau ini
03:27tetapi juga sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk masa depan yang lebih inovatif, lestari dan inklusif buat semua.
03:35setakat itu dahulu, terus saja kepada rakan sugas di Bukit Jalil.

Recommended