Laporan baharu bertajuk The ‘Gaji Cukup Makan’ Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk yang dibangunkan oleh Pusat Kajian Masa Depan Pasaran Buruh (EU-ERA) di bawah Future Studies Berhad (THE FUTURE) mendedahkan majoriti graduan Malaysia berpendapatan bawah RM3,000 meskipun berkelulusan tinggi. Bagaimana untuk memastikan setiap pelaburan pendidikan dapat menjamin masa depan secara mampan?
Kupasan lanjut bersama THE FUTURE.
Kupasan lanjut bersama THE FUTURE.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Okey baik, jadi untuk waktu ini kita nak meneliti berkenaan dengan laporan ini, banyak lagi angka-angka yang perlu dan juga dapatan yang perlu kita telusuri, kita fahami dan juga kita mencari jalan penyelesaiannya dan saya bersama dengan individu dan sebahagian daripada kumpulan yang menjalankan kajian ini, Saudara Muhammad Zarif Luqman Hashim, Ahli Ekonomi, Pusat Kajian Masa Depan Pasaran Buruh, EUERA, The Future. Terima kasih, Zarif Sudi Hadir ke Esra Awani.
00:25Pertama sekali, mungkin boleh nak jelaskan kepada penonton dapatan kajian ini, sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan situasi ketidakpadanan siswaza dalam bidang pekerjaan ini dan macam mana sebenarnya jurangnya itu yang dilaporkan semakin melebar itu, bagaimana realiti ataupun boleh beri gambaran tersebut?
00:46Okay, mudah sekali, kita nak cakap, graduan bergraduat dan mereka bekerja tempat yang tidak sama dengan apa yang mereka graduat tersebut.
00:58Sebagai contoh, graduan dalam bidang bahasa, mereka kerja di salah satu shopping mall.
01:04Itu antara, sebagai promoter, sebagai salesperson, graduate engineering, tetapi kerja sebagai penghantar makanan. Itu pun salah satu daripada mismatch.
01:15Dan sebenarnya mismatch ini memang melebar dan kita lihat daripada sebelum-sebelum ini, ini adalah bukan satu isu yang baru, ini adalah isu struktur.
01:23Dan sebenarnya ia lebih kepada kita nak lihat bagaimana rantaian antara institusi pendidikan dan juga keperluan industri itu.
01:32Itu adalah salah satu cara yang kita nak lihat sebenarnya, apa kegagalan dia, kenapa benda ini berlaku dan apa yang menyebabkan perkara ini berlaku.
01:41Dan sebenarnya mismatch ini akan menyebabkan lebih ramai lagi pelajar yang bergraduat akan masuk ke dalam pekerjaan,
01:48tetapi tidak dapat apa yang mereka perlukan, apa yang mereka belajar semasa di universiti.
01:54Dan ia akan menyebabkan gaji lah.
01:56Macam kita cakap tadi, gaji bawah RM3,000.
01:58Itu yang menyebabkan mismatch itu berlaku dan juga penyebab utama mismatch adalah disebabkan gaji tersebut.
02:04Zari, bagaimana sebenarnya mungkin kalau kita nak bercakap dari segi,
02:09kalaulah situasi ini berterusan, apa yang akan berlaku kepada Malaysia ini, ekonomi Malaysia, produktiviti tenaga buruh,
02:17apa yang akan berlaku sebenarnya jika jurangnya itu makin melebar dan progres pertumbuhan gaji perlahan, apa impaknya sebenarnya?
02:27Sebelum ini kita cakap pasal middle income trap.
02:30Malaysia dah lama dah kita dekat middle income trap.
02:33Tapi sekarang ini kita kena tengok juga, middle semi-skill job trap.
02:38Trap, maknanya kita terperangkap pekerja-pekerja ataupun majikan-majikan ini hanya menyalurkan ataupun hanya membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan SPM sahaja.
02:49Itu yang berlaku di Malaysia.
02:51Lebih daripada 70% yang macam laporan kami jalankan itu, 70% adalah pekerjaan yang hanya memerlukan SPM dan ke bawah.
03:00Itu trap yang telah lama berlaku dekat Malaysia dan apa isu ini, produktiviti akan, pergerakan produktiviti akan rendah lah.
03:11Maknanya produktiviti tidak akan banyak berlaku dan juga gaji pun akan berkurangan dekat situ dan ekonomi Malaysia akan tetap sampai bila-bila dekat middle income trap.
03:23Disebabkan kita tak ada satu inovasi ataupun teknologi yang boleh push pekerjaan yang berkemahiran ini dan kita tak boleh nak memperbanyakkan lagi pekerjaan yang berkemahiran ini.
03:33Zaryf, bagaimana pula kalau kita nak meneliti berkenaan dengan mungkin ada dapatan lain yang penting yang mungkin perlu didedahkan dan orang ramai perlu tahu hasil kajian yang dilakukan oleh UERA ini?
03:48Salah satunya adalah macam mana kita nak lihat keberkesanan universiti tersebut, quality of education tersebut.
03:55Yang mana kita lihat quality of education yang telah dilaporkan 90%, 80% keboleh pasaran.
04:02Sebenarnya itu adalah salah satu daripada misconception.
04:05Kalau kita lihat macam VT tadi, keboleh pasaran itu merangkumi semua.
04:09Mereka yang bekerja di pekerjaan yang tidak formal, formal dan juga mereka yang sambung belajar pun masuk sekali sebagai keboleh pasaran tersebut.
04:18Maknanya dia kira sebagai keseluruhan.
04:21Jadinya apa yang kita perlukan adalah kita perlukan satu perkara ataupun satu laporan yang menyatakan bahawa
04:28ini adalah keboleh pasaran pelajar.
04:31Ini adalah keboleh pasaran berdasarkan kemahiran mereka dan dapat kerja berdasarkan mereka yang berkemahiran tinggi.
04:37kerja yang berkemahiran tinggi. Itu yang kita perlukan supaya orang ramai boleh tahu
04:42ok, bila kita masuk universiti, kita akan dapat pekerjaan ini.
04:46Dan juga universiti pun kena lihat balik macam mana kurikulum mereka dibentuk.
04:51Sama ada kurikulum mereka dibentuk berdasarkan keperluan industri ataupun hanya suka-suka saja.
04:59Sebabkan kita lihat banyak yang khusus-khusus yang ada dekat Malaysia ini.
05:03Bukan banyaklah. Ada beberapa khusus-khusus yang kat Malaysia ini dah lapuklah.
05:08Maknanya ianya hanya memerlukan sedikit saja pelajar yang ada.
05:13Tapi kebanyakannya intik banyak dekat kawasan.
05:15Ramai dekat kawasan itu.
05:17Jadinya apa yang diperlukan mereka perlukan fokus.
05:20Apa keperluan industri, apa keperluan market pada masa akan datang
05:23supaya apa yang dibelajar di universiti dapat di-adapt di market
05:29ataupun di tempat pekerjaan tersebut.
05:31Nak fulfill the demand industri itu.
05:33Ya betul.
05:33Ya sebab itu akhirnya yang akan menyebabkan macam kita cakap tadi
05:37graduate engineering tetapi bekerja dalam bidang yang tak ada kaitan langsung pun
05:42dengan kejuruteraan itu.
05:43Bagaimana mungkin di pihak EUA melihat dalam laporan menyebut berkenaan dengan
05:50kita nak moving forward lah ya.
05:51Melihat kepada perlunya reformasi berani.
05:54Saya ikut ya reformasi berani ataupun dalam kata lain radical move yang perlu dilakukan.
06:00Apa yang perlu kita lakukan?
06:02Kalau kita bercakap soal mungkin peranan kerajaan, swasta pemain industri
06:06dan juga mungkin IPT dan serta mungkin siswazah itu sendiri.
06:12bagaimana mungkin Zalif boleh kongsikan reformasi berani yang perlu dilakukan itu?
06:19Okey. Sebagai contoh kita lihat negara Singapura.
06:22Macam mana mereka membangun daripada meninggalkan Malaysia
06:26dan sekarang menjadi negara maju.
06:28Pada permulaannya mereka tidak akan sentuh berkenaan dengan gaji dulu.
06:32Apa yang mereka buat adalah reformasi berkenaan dengan industri tersebut.
06:37Mereka hapuskan industri-industri yang boleh dikatakan sunset.
06:42Mananya produktiviti rendah, value added rendah.
06:47Itu yang mereka perlukan.
06:48Mereka eliminate perkara-perkara tersebut
06:50dan induce mana-mana industri-industri yang ada potensial untuk membangun pada masa akan datang.
06:57dan bila kita buat berkenaan dengan industri tersebut
07:01dan bukan sahaja government ataupun kerajaan yang hanya menyalurkan intervensi tersebut
07:07tetapi perlulah mendapat sokongan daripada pihak industri tersebut.
07:12Disebabkan perkara ini adalah dua-dua pihak.
07:15Government dapat GDP yang tinggi.
07:19Company dapat keuntungan yang tinggi.
07:22Itu yang diperlukan.
07:22Dan apabila berlakunya situasi tersebut, industri reformasi di Singapura
07:28dalam masa yang sama, selepas berlakunya reformasi tersebut
07:32barulah mereka menjalankan wage correction model dekat Singapura.
07:37Maknanya, industri perlu berubah dulu
07:40baru gaji boleh ditingkatkan.
07:43Macam mana kalau industri tak berubah, gaji nak meningkat?
07:46Adakah keuntungan akan berkurang bila gaji meningkatkan?
07:50Jadinya kita kena ada win-win situation dekat situ.
07:52Dan apabila berlakunya industri revolusi ataupun reformasi industri tersebut
07:56akan berlakunya permintaan kepada pekerja-pekerja
08:01ataupun bakat-bakat yang baru yang boleh fit ke dalam industri tersebut.
08:06Itu adalah ekosistem dia sebenarnya.
08:08And it not just bakat baru tetapi bakat baru yang berkualiti.
08:12Ya, betul.
08:12Masih-masih nak berebut masuk sebab ni.
08:16Mungkin-mungkin Zaryf teruskan.
08:17Ada input tadi.
08:19Sebab bila kita lihat sebenarnya dari segi kurikulum di universiti kan.
08:25Perubahan biasanya dibuat dalam masa lima tahun sekali.
08:28Whereas perubahan di industri sangat pantas.
08:31jadinya kita memerlukan satu ekosistem.
08:35Perubahan kurikulum itu boleh dibuat dalam masa yang singkat,
08:40fleksibel, yang boleh membawa masuk elemen-elemen industri
08:44di dalam pelajaran di universiti.
08:48Sebagai contoh, kalau kita lihat negara-negara maju ni.
08:50Ada yang beberapa negara maju,
08:53universiti mereka berkait ataupun mempunyai hubungan yang rapat dengan industri.
08:56Di mana pelajar-pelajar mereka ini dilihat akan berada di industri
09:02bukan hanya berada di tempoh akhir iaitu semasa berlakunya internship.
09:07Tetapi berada di tempoh permulaan sekali.
09:10Maksudnya mereka memberikan pendedahan kepada industri daripada tempoh awal
09:14maknanya pelajar tersebut dah nampak dah.
09:17Okey, industri ni buat ni.
09:19Industri ni buat ni.
09:20Dan juga mereka dah boleh bayangkan apa yang mereka nak pada masa akan datang.
09:23Jadinya laluan tersebut lebih mudah kepada pelajar dan juga kepada industri.
09:29Supayanya industri tidak perlu lagi membuatkan,
09:32membuat ataupun menjalani latihan reskilling, upskilling.
09:34Reskilling kepada pekerja-pekerja mereka lah pada masa mereka memasuk graduan tersebut.
09:40Ya. Terutama kalau kita bercakap soal place and train, train and place.
09:47Sebab sekarang ni kita selalu melihat konsep di Malaysia adalah train and place.
09:50Maksudnya kita melatih dulu, duduk dua tahun setengah.
09:55Betul.
09:56Lagi setengah tahun baru nak pergi place-nya ataupun ni lah.
10:00Pelajar pun tak tahu apa yang berlaku dekat luar sana.
10:03Itu yang kita perlukan.
10:04Kita kena hit kepada semua sekali.
10:07Industri kita kena jalankan reformasi.
10:10Kerajaan kena membantu ataupun membantu industri yang boleh dilihat untuk membangun pada masa akan datang.
10:15Dalam masa yang sama berkenaan dengan gaji dan universiti perlu lebih bersifat linear lah.
10:23Maksudnya fleksibel untuk melakukan apa-apa perubahan.
10:26Dan juga pelajar itu sendiri kena mengetahui apa laluan mereka sebenarnya.
10:34Sebenarnya bukan sahaja di universiti kita perlukan tetapi berada di sekolah lagi.
10:38Maksudnya di sekolah mereka dah tahu dah.
10:40Okey dekat universiti nak jadi apa.
10:42Nak belajar bahagian apa.
10:44Itu yang penting sebenarnya.
10:45Barulah kita dapat pekerjaan yang berkualiti untuk pelajar dan juga pekerja yang berkualiti untuk industri.
10:52Disebabkan sekarang ni macam kita lihat memang banyak pelajar-pelajar keluar daripada universiti.
10:59270 ribu, 200 sampai 300 ribu.
11:03Tetapi dalam masa yang sama industri ada juga mempunyai isu berkenaan dengan kekurangan pekerja-pekerja mahir.
11:09Maknanya ada industri yang masih lagi yang tak mampu nak fulfill iman tu.
11:14Ya betul.
11:15Sebagai contohnya ada berkenaan dengan engineer lah.
11:17Sekarang ni gaji India ada yang masih lagi mendapat gaji 1,800 untuk gaji permulaan mereka.
11:23Kita kena lihat kenapa perkara-perkara tersebut berlaku.
11:26adakah kurikulum berkenaan dengan engineering ini yang perlu diubah ataupun adakah industri tersebut yang ada nampak gap dekat kurikulum kita tu.
11:38Itu kita kena tahu apa yang kita kena buat sebenarnya.
11:40Saya faham dan juga sudah tentu kalau kita bercakap soal gaji ni nak naikkan gaji majikan juga mungkin akan melompat ataupun melenting juga.
11:49Betul.
11:49Kalau nak naikkan gaji ni sebenarnya.
11:52Okey.
11:52Antara salah satu cadangan yang adalah mewujudkan sistem penjejakan hasil siswazah jangka panjang.
11:58Kerana saya percaya ini juga antara salah satu perkara untuk memastikan bahawa kita boleh tracking we are on the right track or not.
12:05So bagaimana mungkin penjejakan ini boleh dilakukan dan juga mungkin peranan agensi-agensi kerajaan ialah kalau kita nak track dari segi mungkin KWSP, LHDN ini semua adalah agensi-agensi yang mungkin boleh menyumbang dalam nak memastikan bahawa
12:20oh kita boleh tahu kalau caruman dia banyak ini maksudnya gaji dia banyak ini kan.
12:24So bagaimana mungkin ini adalah satu perkara yang cukup penting dalam proses penjejakan nak memastikan bahawa kita on the right track dalam moving forward.
12:35adalah dalam isu berkenaan dengan ketidakpadanan siswazah ini.
12:39Okey kita lihat ya isu kita nak track perjalanan itu sebenarnya.
12:46Pihak kami telahpun ada menjalankan kajian berkenaan dengan ataupun survei berkenaan dengan kita nak tracking apa yang berlaku kepada graduan.
12:53dan kita lihat ada beberapa graduan sebenarnya telahpun moving up mobility maknanya mobility pekerjaan mereka daripada semi-skill kepada skill workers.
13:05Itu adalah salah satu daripada cara untuk kita lihat adakah selepas 6 bulan mereka masih lagi berada di dalam kategori pekerjaan yang sama ataupun mereka telahpun meningkat naik.
13:15Kalau kita lihat sekarang ini tracer study yang telah dijalankan kita hanya mengambil kira 6 bulan sahaja.
13:22Di mana ada sesetengah pelajar telahpun masuk dalam pelajar berkemahiran pekerjaan berkemahiran tetapi ada pelajar yang sekarang ini masih lagi dalam keadaan
13:34Okey nak kerja sahaja dulu nak lihat macam mana dan kita kita kita tak tahu apa yang berlaku sebenarnya selepas pelajar tersebut.
13:42Jadi ini sebagai contoh kalau kita gunakan data KWSP boleh cumanya kita hanya tahu pergerakan gaji sahaja.
13:49Kita tak tahu pergerakan pekerjaan tersebut.
13:52Kalau kita gunakan data LHDN kita hanya dapat tahu apabila mereka mendapat threshold untuk membayar cukai.
14:02Jadinya yang dekat bawah kita tak tahu macam mana pergerakan dia memang LHDN kita ada berkenaan dengan nama pekerjaan kita dan sebagainya tapi kita nak track yang bawah.
14:17Kalau negara luar bolehlah sebab mereka setiap daripada pekerja ataupun setiap daripada individu yang ada di dalam negara tersebut mereka mempunyai nombor cukai mereka sendiri nombor unit cukai tapi kita tidak ada kat sini.
14:32Dan apa yang negara luar buat seperti Canada yang sebagai contoh dalam laporan kita mereka telah pun menjalankan tracking menggunakan CV.
14:41Mungkin sampel tapi itu sudah membedai untuk melihat bagaimana kualiti pendidikan kita dekat Malaysia ini.
14:51Itu antara sebagai salah satu contoh lah.
14:53Kalau kita lihat macam mana sebenarnya tracking kita tiga ataupun lima tahun akan datang untuk kita membantu universiti membetulkan apa yang kurangnya yang berada di universiti dan juga
15:06kohot review dan juga apa yang perlu ditambah baik berkenaan dengan kita punya dasar-dasar berkenaan dengan pendidikan tinggi kita untuk kementerian pendidikan tinggi.
15:16Satu perbincangan yang cukup menarik Zaryf rasa macam tak cukup masa kita.
15:21InsyaAllah dari semasa ke semasa kita akan terus bersiaran dan juga mengupas berkenaan dengan topik ini melihat dari isu ketidakpadanan dan juga progres.
15:29Yang paling penting adalah bagaimana pembuat dasar di negara ini akan respon kepada laporan ini.
15:35apa yang akan dilakukan, banyak kementerian mungkin terlibat, kementerian sumber manusia, kementerian pengajian tinggi, kementerian ekonomi.
15:42Banyak sebenarnya yang perlu cakna dan juga melihat bagaimana langkah seterusnya dalam nak memastikan bahawa kita tidak terus terperangkap dengan sebagai negara berpendapatan sederhana ini.
15:53Baik, terima kasih sekali lagi Saudara Muhammad Zaryf dan Luqman Hashim, Ahli Ekonomi Pusat Kajian Masa Depan Pasaran Buruh EU Era The Future.
16:00Segalanya kita akan kemaskini di media sosial kami dan juga di astroawani.com.
16:04Niagatawan ini nak berhenti rehat seketika, banyak lagi laporan menarik selepas ini.