Pusat Kajian Masa Depan Pasaran Buruh (EU-ERA) di bawah Future Studies Berhad (THE FUTURE) berkata, langkah itu penting bagi merangka campur tangan dasar yang sesuai, berasaskan realiti siswazah merentasi pelbagai sektor, kumpulan demografi dan laluan pendidikan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Krisis struktur berkait model pekerjaan siswaza Malaysia yang semakin memburuk memerlukan langkah reformasi yang berani.
00:06Pusat kajian masa depan pasaran buruh EU era di bawah Future Studies Berhad berkata,
00:12langkah itu penting bagi merangka campur tangan dasar yang sesuai berasaskan realiti siswaza merentasi pelbagai sektor, kumpulan demografi dan laluan pendidikan.
00:22Antara langkah yang dicadangkan adalah menggantikan indikator keboleh pasaran yang mengelirukan dengan ukuran padanan kemahiran,
00:32mewujudkan sistem penjejakan hasil siswaza jangka panjang, menyusun semula program latihan industri dan laluan pra-pekerjaan,
00:40memacu pemodenan industri dan reka bentuk semula pekerjaan dan memperkenalkan garis panduan upah sebagai alat penasihat bagi menangani tekanan gaji rendah.
00:50Laporan tersebut turut mengemukakan satu kerangka dasar holistik yang menintegrasikan perancangan pendidikan,
00:57permintaan pasaran buruh dan hasil upah melangkaui pendekatan berpecah-pecah kepada strategi nasional berasaskan hasil yang lebih padu dan terseleras.
01:07Laporan bertajuk The Gaji Cukup Makan Ekonomi When Higher Education Becomes an Economic Risk menyediakan perspektif makro terhadap cabaran struktur dalam pasaran buruh siswaza di Malaysia.
01:18Ia turut menawarkan diagnosis menyeluruh mengenai penidasan gaji, ketidakpadanan kemahiran dan ketidakcekapan dalam laluan pendidikan kepekerjaan.
01:30Di samping menyorot jurang dasar yang kritikal, laporan itu turut menyeru kajian lanjut secara mendalam agar penemuan-penemuan ini dapat diterjemahkan kepada reformasi yang lebih bersasar dan berimpak tinggi.
01:42Terima kasih telah menonton!