Pelbagai pemimpin dunia termasuk Kamala Harris, Rishi Sunak dan Mia Mottley menzahirkan simpati serta mendoakan kesembuhan beliau. Biden, 82, kini meneliti pilihan rawatan bersama pasukan perubatan
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sementara itu, rata-rata pemimpin dari dalam dan luar negara itu menzahirkan rasa simpati terhadap Joe Biden.
00:07Bekas naib Presiden Kamala Harris mendoakan kesihatan Biden dan yakin beliau dapat menghadapi cabaran ini dengan kekuatan dan ketabahan.
00:16Gubernur Minnesota Tim Walz turut mendoakannya terbaik buat Biden dan menyefatkan Biden sebagai seorang raka sejati.
00:22Bekas Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak turut mengulas bahawa kesedaran tentang penyakit kanser prostat sering melanda kaum lelaki dan perlu pertingkatkan kesedaran.
00:32Ucapan simpati dan doa turut hadir daripada Gabinor Colorado, Jared Polis, Gabinor Rhode Island dan McKee, Gabinor Connecticut dan LeMond dan Gabinor Maine, Janet Mills.
00:43Perdana Menteri Barbados, Mia Amor turut menzahirkan sokongan dari rantau Caribbean.
00:48Gabinor Maryland Westmore pula mengingatkan peranan Biden yang pernah menyokong negeri itu dalam waktu sukar.
00:54Biden disahkan menghidap penyakit itu pada Jumaat lalu selepas mengalami simptom berkaitan saluran kencing.
00:59Difahamkan beliau dan ahli keluarga kini sedang meneliti pilihan rawatan bersama pasukan perubatan.
01:04Setakat ini, rawatan lanjut masih dalam perbincangan dan pihak hospital belum mengeluarkan kenyataan terperinci tentang pelan perubatan Biden.