Malaysia kekal tegas menolak keuntungan jangka pendek melalui pembalakan demi melindungi warisan hijau negara, kata Anwar dalam wawancara eksklusif bersama TV BRICS.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia memilih untuk tidak mengejar keuntungan jangka pendek melalui pembalakan demi mengekalkan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.
00:09Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa lebih 52% daripada kawasan tanah di Malaysia masih diliputi hutan darah menjadikan negara ini antara yang paling hijau di rantau Asia Tenggara.
00:22Dalam wawancara bersama TV BRICS pada Jumaat, beliau berkata walaupun negara berpotensi meraih keuntungan besar melalui penjualan kayu balak, keputusan untuk tidak melakukannya tetap dibuat.
00:37Katanya keutamaan diberikan kepada pelindungan warisan dan alam sekitar kerana itu adalah prinsip negara walaupun ia memerlukan pengorbanan.
00:46Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usaha ASEAN menangani perubahan iklim serta komitmen bersama dalam pelaksanaan pelan tindakan strategik serantau.
00:57Dalam wawancara tersebut, Anwar turut menyatakan bahawa negara maju tidak sepatutnya terus menekan negara membangun dalam isu alam sekitar.
01:05Ini kerana mereka sendiri telah merosakkan alam sekitar dan gagal menunaikan janji untuk memberi sokongan kewangan serta teknologi seperti yang telah dijanjikan.