Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5/16/2025
Helah sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan perkhidmatan penghantaran barangan kelengkapan rumah bagi menyeludup bahan terlarang berjaya dipatahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa @ Mustapha berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas JKDM menyita 90 kotak pelbagai saiz di sebuah gudang milik syarikat penghantaran di Batu Caves, Selangor pada 10 April lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728776/berita/semasa/sindiket-dadah-guna-perkhidmatan-penghantaran-barang-rumah-tumpas

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #JKDM #sindiketdadah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Helas sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan perkhidmatan penghantaran barangan kelengkapan rumah bagi menyeludup bahan terlarang berjaya dipatahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, JKDM.
00:12Penolong Ketua Pengarah Kastam, Penguatkuasaan, Raizam setapa Alayas Mustafa berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas JKDM menyita 90 kotak pelbagai saiz di sebuah gudang milik syarikat penghantaran di Batu Keeves, Selangor pada 10 April lalu.
00:28Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas empat kotak pembesar suara yang telah diubah suai menemui sebanyak 344 ketulan mampat serbuk putih disyaki dadah jenis heroin seberat 122.85 kg dengan anggaran nilai pasaran 11.5 juta ringgit.
00:46Beliau berkata, bagaimanapun pemeriksaan terhadap baki 86 kotak yang mengandungi barangan kelengkapan rumah tidak menemui sebarang dadah.
00:54Jelasnya, sindiket menggunakan perkhidmatan penghantaran kontena ke Pelabuhan Kelang sebagai modus operandi untuk mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyeludup dadah bersama barangan kelengkapan rumah.
01:07Dalam perkembangan berkaitan, Raizam memaklumkan dua suspek telah dituduh di mahkamah selepas ditahan dalam tiga serbuan berasingan pada 3, 7 dan 10 April membabitkan rampasan dadah bernilai lebih 1 juta ringgit.
01:20Terima kasih telah menonton!

Recommended