Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Terdapat sembilan makmal di Thailand yang telah mendapat akreditasi pihak berkuasa China untuk memeriksa durian yang akan dieksport ke negara itu.
Transcript
00:00Thailand sudah bersedia memenuhi permintaan durian yang memuncak oleh China.
00:04Menteri Pertanian Narumon Pinyo Sinwad berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pentadbiran Amkastam GACC China
00:13untuk menyelesaikan isu yang mungkin menjejaskan ekspor durian ke China termasuk masalah pendaftaran, akreditasi makmal dan kekurangan kakitangan.
00:22Setakat ini terdapat sembilan makmal di Thailand yang telah mendapat akreditasi pihak berkuasa China untuk memeriksa durian yang akan diekspor ke negara itu.
00:33Walaupun kesemua makmal ini sepatutnya dapat mengendalikan keperluan ujian yang dikenakan oleh pihak berkuasa China,
00:40kerajaan meminta GACC untuk memasukkan semula Central Laboratory Thailand di Cha Changshao dalam senarai makmal bertawliah untuk memudahkan proses ekspor.
00:49Pihak berkuasa Thailand juga telah meminta Kastam China untuk mengutamakan pemeriksaan penghantaran durian dari Thailand
00:56sambil menyatakan operasi di pusat pemeriksaan kastam akan berjalan 24 jam setiap hari dengan kakitangan tambahan dan peralatan pemeriksaan ditempatkan oleh pihak China.
01:07Tambahnya lagi, China dan Thailand sedang meneroka langkah tambahan seperti mempercepatkan pelepasan kastam bagi memastikan ekspor durian tahun ini berjalan lancar.

Recommended