Mesyuarat jawatankuasa rangsangan ekonomi akan diadakan tidak lama lagi untuk mengkaji semula rancangan selaras dengan arahan perdana menteri untuk menangani dasar tarif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Thailand sedang menyemak beberapa langkah rangsangan ekonomi baru melalui putih ekspor, pelancongan, pengembangan asas cukai dan pembangunan pertanian serta pinjaman mudah untuk mengurangkan kesan ekonomi yang tidak stabil.
00:12Menteri Kewangan Pichai Chun Havaji Jera berkata mesyuarat jawatan kuasa rangsangan ekonomi akan diadakan tidak lama lagi untuk mengkaji semula rancangan selaras dengan arahan Perdana Menteri untuk menangani dasar tarif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pelarasan prospek ekonomi Thailand baru-baru ini oleh Moody's.
00:31Katanya kerajaan mesti menimbang semula cara menggunakan baki 157 bilion baht dalam bajet rangsangan ekonomi termasuk cara meneruskan dasar dompet digital.
00:44Dalam sektor fiskal, Pichai berkata pembuat dasar perlu mempertimbangkan untuk memperluaskan asas cukai untuk meningkatkan hasil kerajaan serta mengurangkan defisit bajet.
00:55Dalam sektor pertanian, projek mesti dimulakan untuk membangunkan sumber air untuk pertanian dan industri di samping mempertimbangkan rancangan untuk mengembangkan kawasan penanaman jagung kerana Thailand memerlukan 4.5 juta tan jagung setiap tahun komoditi yang juga mendapat permintaan tinggi di China.
01:16Pichai berkata terdapat keperluan untuk mengusahakan tanaman bagi mengurangkan pergantungan kepada import seperti gandum.
01:23Thailand juga telah menandatangani kontrak untuk membeli 1 juta tan gas asli cecair LNG dari Amerika Syarikat dengan perancangan untuk membeli tambahan 1.2 juta tan.
01:35Pichai berkata pihaknya sedang mempertimbangkan untuk meneruskan projek loji kuasa bio yang menggunakan bahan mentah semula jadi seperti rumput napier dan jagung sebagai bahan api.
01:46Ini bukan sahaja akan mengurangkan import LNG masa depan tetapi kos gas daripada loji bio ialah sekitar 3.50 baht seunit lebih rendah berbanding LNG.
01:58Tambahnya lagi, pelan rangsangan akan turut mengenengahkan pinjaman mudah bagi mereka yang terjejas oleh ekonomi yang tidak stabil dan kerajaan merancang untuk memberi subsidi kadar faedah untuk mengurangkan kos pinjaman yang akan dibincangkan dengan institusi keuangan.
02:14Terima kasih telah menonton!