Seorang ketua koordinator eksekutif sebuah syarikat ditahan reman selama tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu berkaitan projek pembangunan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Muallim, Perak.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seorang ketua koordinator eksekutif syarikat ditahan reman tiga hari kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen yang mengandungi kandungan palsu
00:08membabitkan projek perumahan penjawat awam Malaysia PPAM di Mualim, Perak.
00:14Perintah reman sehingga 11 Mei itu dikeluarkan magistrat Datin Kuna Sundari Marimutu di Mahkamah Stesen Putrajaya pada Jumaat.
00:22Menurut sumber, suspek berusia 60-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Putrajaya kira-kira jam 4 petang pada Khamis.
00:34Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu dengan mengelirukan bank MBSB supaya mengeluarkan kira-kira 1.6 juta ringgit daripada wang pembiayaan berjumlah 70 juta ringgit.
00:45Sementara itu, pengarahkanan bahagian siasatan Datuk Zainul Idris ketika dihubungi pada Jumaat mengesahkan tangkapan itu.
00:54Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.