Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Harga minyak sawit mentah atau MSM terus menunjukkan trend penurunan, kini berada pada paras paling rendah dalam tempoh hampir 11 bulan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Harga minyak sawit mentah atau MSM terus menunjukkan tren penurunan, kini berada pada paras paling rendah dalam tempoh hampir 11 bulan dan menimbulkan kebimbangan terhadap margin keuntungan syarikat perladangan di negara ini.
00:14Menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia MPOB, harga purata MSM bagi Mei 2025 kini mencecah RM3,968 satu tan, iaitu susut lebih 26% berbanding paras tertinggi iaitu RM5,333.50 pada Desember lalu.
00:33Harga MSM terjejas akibat persaingan daripada minyak kacang soya, khususnya dari Brazil, serta ketegangan perdagangan yang mengurangkan eksport dari Amerika Syarikat.
00:45Faktor lain termasuk harga minyak mentah global yang rendah, menjadikan penggunaan minyak sawit untuk biodiesel, tidak lagi berbaloi dan seterusnya menjejaskan permintaan dari sektor tenaga.
00:57Dari sudut keuntungan, syarikat perladangan dijangka terkesan terutamanya bagi operasi huluan yang menanggung kos pengeluaran tinggi.
01:06Sementara itu, Timbalan Setiusaha Agung Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit, Datuk Nagib Wahab menjangkakan harga akan kekal dalam lingkungan RM3,800 hingga RM4,200 satu tan dalam masa terdekat.
01:19Beliau juga berkata perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China boleh memberi kelebihan kepada minyak sawit sekiranya China mengurangkan kebergantungan kepada minyak kacang soya dari Amerika Syarikat.

Recommended