Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Seorang ahli perniagaan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan mengedar dadah dengan berat lebih sembilan kilogram (kg), bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.

Pertuduhan terhadap Yean Wei Zhen, 34, dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726924/berita/semasa/ahli-perniagaan-berdepan-hukuman-gantung-edar-miliki-dadah

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Johorbahru #EdarDadah
Transcript
00:00Seorang ahli perniagaan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Session Johor Bahru
00:05atas tuduhan mengedah dadah dengan berat lebih 9 kg bulan lalu.
00:10Pertuduhan terhadap Yin Wei Zhen, 34 tahun, dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim
00:17namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:22Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengedah dadah jenis serbuk metilen dioksi methamphetamine MDMA
00:30kira-kira jam 2.45 petang di tepi jalan taman mengkibul di Keluang.
00:35Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952
00:42yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B-2 Akta Sama yang memperuntukkan hukuman mati
00:48atau penjara seumur hidup dan hendaklah jika tidak dikenakan hukuman mati
00:53disebab tidak kurang daripada 12 kali.
00:56Lelaki itu turut berdepan pertuduhan kedua iaitu memiliki dadah jenis ketamin
01:01seberat 185 gram dan limetazepam kira-kira 78 gram di lokasi dan masa sama.
01:08Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12-2 Akta Dadah Berbahaya 1952
01:13yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Kurungan 3 Akta Sama yang memperuntukkan denda
01:18tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
01:24Mahkamah menetapkan 7 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Recommended