Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Darurat diisytihar di beberapa bahagian di New Zealand akibat cuaca buruk
Transcript
00:00Cuaca buruk melanda New Zealand pada Khamis dengan beberapa kawasan diisytihar darurat berikutan hujan lebat dan angin kencang.
00:07Di Pulau Selatan, hujan lebat menyebabkan banjir memaksa periduk dipindahkan dari kediaman mereka.
00:12Menteri Pengurusan Kecemasan dan Pemulihan Mark Mitchell mengumumkan Bandar Christchurch diisytihar darurat pada sidang media petang Khamis.
00:30Sementara itu, Datuk Bandar Selwyn, Sam Broughton pula berkata, darurat diisytihar bagi daerah itu pada 5.39 pagi,
00:54susulan parah sungai yang meningkat dan nasihat yang dikeluarkan majlis wilayah.
00:58Medservis turut mengeluarkan amaran merah bagi angin kencang di Wellington bermula 10 pagi Khamis hingga 3 pagi Jumaat,
01:07amaran pertama seumpamanya yang dikeluarkan pada tahun ini.
01:11Amaran merah hanya dikeluarkan bagi kejadian cuaca melampau yang dijangka menyebabkan gangguan besar dan kerusakan.
01:17Di Wellington, kelajuan angin mencecas kurang-kurangnya 150 km per jam di kawasan terbuka
01:24dan 118 km per jam di kawasan lain dengan ramalan kelajuan maksimum sehingga 140 km per jam pada awal petang Khamis.
01:34Semua penerbangan di lapangan terbang Wellington dibatalkan sekurang-kurangnya sehingga 6 petang.
01:39Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa akibat cuaca buruk itu.

Recommended