Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Tarif timbal balas yang diperkenalkan pentadbiran Presiden AS Donald Trump boleh jadi satu ‘rahmat tersembunyi’ kepada Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dengan lebih cepat.

Walau bagaimanapun, kata penganalisis ekonomi Universiti INCEIF, Prof Dr Baharom Abdul Hamid, ia bergantung kepada sepantas mana kita dapat meraih peluang tersebut dengan merencana dan menggariskan pilihan-pilihan yang ada.

Dapatkan video penuh isu ini dalam Wacana Sinar edisi 478, Perang tarif AS: Apa kesan terburuk kepada rakyat? di platform digital Sinar Harian.

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1211831470348848
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=1em4gO_HMac
X: https://x.com/SinarOnline/status/1917556638413652467
Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/726008/video/wacana/wacana-sinar-perang-tarif-as-apa-kesan-terburuk-kepada-rakyat

#WacanaSinar #SinarHarian #PerangTarif #EkonomiGlobal #DonaldTrump #AmerikaSyarikat #ASEAN

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bagi saya, tarif ini, Donald Trump punya tarif ini, mungkin merupakan satu blessing in disguise untuk melonjarkan Malaysia ke arah negara pendapatan tinggi dengan lebih cepat.
00:10Sekarang ini adalah waktu ketidaktentuan. Jadi kita hanya apa yang kita boleh buat sekarang, kita merangka di belakang tabir.
00:19Kita ada pakar-pakar eksekutif, kita ada pembuat polisi, merangka apakah option A jika ini berlaku, jika B apakah option B, jika C apakah option C.
00:29Pada masa yang sama, kita kena ada satu kerangka yang positif. Maksudnya jika A, apakah jenis modal insan yang diperlukan?
00:36Adakah kita ada? Jika tidak ada, apa kita harus lakukan? Di mana? Adakah di kawasan Climb Valley, di Ipoh, di Perak, ataupun kita nak mengembang?
00:44So kita kena buat perancangan tanpa menunggu. Maksudnya kita ada alternatif.
00:49Bagi saya, tarif ini, Donald Trump punya tarif ini, mungkin merupakan satu blessing in disguise untuk melonjarkan Malaysia ke arah negara pendapatan tinggi dengan lebih cepat.
00:59Jika kita dapat capture that moment. Kalau kita lambat, lambatlah. Kita nak tunggu dia buat polisi, baru kita nak melakukan perencanaan, sudah terlambat.
01:09So sekarang ini, pihak kementerian bersama pihak eksekutif semua merancang beberapa option.
01:15Jika ini berlaku, jika ini berlaku, apa harus dilakukan dan sebagainya.
01:20Saya rasa Zafrul pergi ke sana adalah lebih kepada want to see on the surface, where are we heading?
01:26Terima kasih.
01:27Terima kasih.

Recommended