Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/30/2025
Polis menahan pasangan suami isteri yang disyaki terbabit sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM189,000 dalam satu serbuan di sebuah kawasan perumahan di Kota Setar, Isnin lalu.
Transcript
00:00Pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki terbabit sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM189,000 dalam satu serbuan di sebuah kawasan perumahan di Kota Star, Isnin lalu.
00:13Ketua Polis Daerah Kota Star SCP Siti Nur Salawati sangat berkata pasangan warga tempatan berisi lima puluhan itu ditahan sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star pada pukul 3 petang.
00:26Menurut Siti Nur Salawati, hasil serbuan membawa kepada rampasan 10,340 pil Armin 5 yang dianggarkan seberat 2,846.29 gram, satu paket plastik lutsina berisi dadah jenis ketamin seberat 493.23 gram dan serbuk dadah jenis MDMA seberat 364.2 gram.
00:51Jenis ketamin yang mana anggaran berat sebanyak 483.23 gram dan juga serbuk dadah disyaki jenis MDMA yang sintetik bawa yang banyak digunakan di pusat hiburan.
01:08Anggaran berat 364.2 gram yang mana hasil daripada rampasan ini jumlah keseluruhan adalah sebanyak ataupun bernilai 189,642,43.80 ringgit.
01:29Yang mana boleh dibekalkan kepada penagih di sekitar Losta ini seramai 3,200 orang penagih.
01:38Menurut Siti Nur Salawati, dadah MDMA ini dibuat dalam bentuk jus pelbagai perisa antaranya laici, apple dan anggur dan dijual dengan harga RM150 sepaket.
01:49Untuk private party ataupun di mana pusat hiburan yang biasa pub, kita tak tahu kadang-kadang macam MDMA ini kita panggil jus.
02:01Jus, dia ada pelbagai perisa. Dia ada pelbagai perisa yang mana akan dicampurkan ke dalam minuman.
02:07Ini yang kalau kita tes urine, dia akan positif metafetamin, met. Dia dalam salah satu sintetik ais juga.
02:16Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis metafetamin dan amfetamin dan mempunyai 5 rekod jenayah lampau manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
02:30Pasangan suami isteri tersebut dipercayai telah menjalankan aktiviti berkenaan sejak 4 tahun lalu di mana mereka akan mengedarkan bekalan dadah itu kepada tokan-tokan kecil.
02:41Kedua-dua mereka ditahan reman selama 7 hari sehingga 5 Mei depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Recommended