Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pembelian daging babi sebanyak 12,000 tan metrik oleh China daripada Amerika Syarikat telah dibatalkan susulan ketegangan perdagangan yang semakin memuncak di antara kedua-dua negara.
Transcript
00:00China membatalkan pembelian sebanyak 12,000 tan metrik daging babi dari Amerika Syarikat, menjadikannya pembatalan terbesar sejak pandemik COVID-19 melanda.
00:11Lapor media antarabangsa tindakan diambil di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang semakin memuncak antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia tersebut.
00:19Langkah itu menjejaskan industri penternakan babi Amerika yang kini berdepan dengan tarif import setinggi 172% dikenakan China.
00:32Menurut Majlis Pengeluar Daging Babi Kebangsaan Amerika, tarif tinggi ini menyukarkan pengeluar mereka untuk bersaing dengan pasaran China.
00:41China merupakan pasaran utama bagi daging babi Amerika dengan import hampir 475,000 tan metrik pada tahun 2024.
00:49bernilai lebih satu bilion dolar Amerika.
00:53Walaupun China adalah pengeluar utama daging babi dunia, mereka tetap bergantung kepada import untuk memenuhi permintaan domestik yang tinggi.
01:01Pembatalan ini bukan saja menjejaskan pengeluar daging babi tetapi juga memberi kesan kepada keseluruhan industri daging merah di Amerika.
01:10Produk dihasilkan khusus untuk pasaran China seperti bebas rektopomin, bahan kimia untuk membantu haiwan menghasilkan lebih banyak daging tanpa lemak
01:18dan berlabel khas sukar untuk dialihkan ke pasaran lain.

Recommended