Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Polis sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam rusuhan melibatakn dua kumpulan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bangsar, Jumaat lalu.
Transcript
00:00Polis sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam rusuhan melibatkan dua kumpulan di sebuah restoran nasi kanda terkenal di bangsa Kuala Lumpur, Jumat lalu.
00:10Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Masyariman Ku Mahmud berkata,
00:14siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat seorang wanita daripada salah satu kumpulan diganggu kumpulan satu lagi.
00:22Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.40 pagi ketika kedua-dua kumpulan itu makan sebelum wanita itu diganggu.
00:33Akibat pergaduhan itu, restoran berkenaan kerugian kira-kira RM5,000 disebabkan cermin kaunter makan dan hiasan Al-Quran pada dinding pecah serta meja makan rosak.
00:43Malah kata beliau, pelanggan pada masa itu juga tidak membayar bil makanan sebanyak RM1,000 kerana melarikan diri akibat ketakutan.
00:50Setakat ini, polis sudah merakam keterangan tiga saksi bagi membantu siasatan.
00:55Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 427 Akta Sama.

Recommended