Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/23/2025
Kedua-dua syarikat itu diberikan tempoh 60 hari untuk membayar denda tersebut, atau berdepan dengan penalti tambahan.
Transcript
00:00Selepas ini, Apple dan Meta masing-masing didenda 500 juta euro dan 200 juta euro oleh Suruhanjaya Eropah atau EC kerana amalan anti-persaingan yang melanggar Akta Pasaran Digital DMA Kesatuan Eropah.
00:15Kedua-dua syarikat itu diberikan tempoh 60 hari untuk membayar denda tersebut atau berdepan penalti tambahan.
00:22Sebelum ini, Apple dan Meta telahpun ditegur oleh EC untuk mematuhi DMA tetapi tiada perubahan dilakukan.
00:31Apple didapati melanggar peraturan DMA dengan mengenakan sekatan terhadap pembangun aplikasi menghalang mereka daripada mempromosikan kaedah pembayaran alternatif di luar App Store.
00:43Meta pula dikenakan denda kerana modul pengiklanan bayar atau setuju yang memaksa pengguna Facebook dan Instagram sama ada bersetuju dengan iklan diperbadikan atau membayar untuk versi tanpa iklan.
00:58Apple dan Meta telah menyatakan hasrat untuk merayu terhadap keputusan tersebut.
01:02Mereka mendakwa tindakan EU sebagai tidak adil dan menjejaskan inovasi serta pengalaman pengguna.

Recommended