00:00Nama besar termasuk berstatus menteri yang tumpas pada pemilihan cabang PKR, tanda luahan tidak puas hati akar umbi terhadap prestasi di Putrajaya mahupun wakil rakyat, kata penganalisis.
00:13Lusti Omar dari Universiti Utara Malaysia berkata, kekalahan nama besar dan berjawatan itu juga, tanda keberanian akar umbi membuat perubahan.
00:21Katanya ia disebabkan mereka merasakan masih ramai menteri PKR, kini masih bekerja di bawah par selain menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan sebagai ahli parlimen dan kegagalan menunaikan setiap dijanjikan.
00:34Bagaimanapun Azmi Hassan dari Akribin Nusantara tidak melihat kekalahan nama besar dan berjawatan dalam PKR disebabkan prestasi, sebaliknya penolakan itu dibuat terhadap mereka yang pro kepada kumpulan tertentu.
00:46Antara nama besar PKR tumpas pada pemilihan cabang adalah Menteri Superasli dan Kelisaran Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, Timbalan Menteri Perpaduan K. Saraswati, Exko Pulau Pinang Fahmi Zainul dan Ahli Parlimen Batu P. Rabakaran.