Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan lonjakan pesakit di Jabatan Kecemasan HTAR selepas Aidilfitri menyebabkan kesesakan, dengan langkah segera diambil untuk menangani isu tersebut.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Lonjakan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan sejak 2-3 hari lalu menjadi punca kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, HDR di Kelam.
00:11Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad melalui satu muat naik di Laman X malam tadi.
00:17Jelasnya Jabatan Kecemasan HTAR sedang mengalami peningkatan ketara dalam jumlah kedatangan pesakit sejak 2 hingga 3 hari kebelakangan ini pasca perayaan Aidilfitri.
00:30Walaupun pihaknya nyatakan kesiapsiagaan di tahap yang baik sebelum Hari Raya dan tidak ada ledakan kedatangan pesakit dalam 2 minggu selepas Hari Raya, Dr. Zulkifli amat sedar kedatangan melonjak secara mendadak dalam 2-3 hari lalu.
00:45Beliau berkata demikian sebagai respon kepada satu ciapan mengenai isu kesesakan yang berlaku di Jabatan Kecemasan HTAR dengan foto turut dikongsi mengenai pesakit yang bersusun menunggu untuk kemasukan kewat.
00:59Mengulas selanjut Dr. Zulkifli berkata pengarah HTAR Dr. Seva Malar Selvarajan bersama pegawai khas dari Pejabat Menteri Kesihatan yang juga doktor kini berada di Jabatan Kecemasan Hospital itu untuk menangani isu berkenaan dengan beberapa tindakan segera sedang diambil.
01:18Antara langkah diambil katanya termasuk menggerakkan pesakit yang telah discharge tetapi sedang menunggu ahli keluarga untuk menjemput mereka ke kawasan rehat bagi membebaskan lebih banyak katil selain katil tambahan diletakkan di zon tertentu sementara menunggu penempatan kewat.
01:35Terima kasih telah menonton!