Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) fasa satu merekodkan seramai 68,238 orang menerima pembayaran setakat 1 April 2025 melalui 13 peringkat pembayaran.
Transcript
00:00Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau Syukur merekodkan lebih 68,000 penerima menerima bayaran bagi fasa pertama.
00:09Sebanyak 95% penerima fasa pertama program Syukur telah berjaya menerima bayaran setakat 1 April 2025.
00:16Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Dato' Abidin Madingkir memaklumkan ia melibatkan lebih 68,200 ketua isi rumah KIR
00:25yang telah dikreditkan ke akaun masing-masing melalui 13 peringkat pembayaran.
00:31Berdasarkan kepada laporan pembayaran fasa satu, setakat 1 April 2025, sebanyak 13 peringkat pembayaran telah dilaksanakan
00:46dan seramai 68,238 orang telah berjaya dikreditkan ke akaun penerima
00:57dengan jumlah peratusan keseluruhan yang telah menerima bantuan syukur adalah sebanyak 95%.
01:08Manakala 5% iaitu 3,822 orang penerima sedang dalam proses pengemaskinian data oleh pegawai MySMJ
01:27di Lepangan setakat 1 April 2025.
01:32Untuk rekod, fasa pertama program syukur melibatkan sejumlah 72,060 KIR yang tersenarai dalam sistem e-Kasih setakat Disember 2024.
01:44Abidin berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri
01:49berkaitan perincian jumlah penerima program syukur fasa pertama di seluruh negeri.
01:54Terima kasih kerana menonton!

Recommended