Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi banyak beri peluang kepada wanita ketika menjadi Perdana Menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
#AWANInews
#AWANInews
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sudah tentu di segi sejarah politik UMNO, sebagai saya sebut tadi tentang kewujudan puteri sebagai contoh, tapi menyeluruh arwah sentiasa mempunyai kepercayaan kepada kebolehan wanita dalam politik dan dalam kepimpinan.
00:16Dan kita dapat tengok pada masa kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, banyak peluang diberikan kepada wanita-wanita. Saya dapat menilai lebih kepada gerakan politik UMNO yang diwujudkan pada tahun 1946 dan kalau kita tengok sejarah UMNO juga, peratusan peranan wanita pun berkembang ikut masa.
00:36Tetapi pada masa yang sama memberi peluang kepada generasi muda, khasnya generasi wanita Melayu muda pada tahun 2004 ialah membuka pintu, membuka tirai, membuka peluang yang begitu besar supaya kepimpinan wanita muda dapat dinilai dan dapat diberikan tempat.
00:55Bagi saya ini satu langkah yang begitu kehadapan dari proaktif dan hari ini terbukti semua banyak parti politik melihat bahawa bukan sahaja wanita aktif dalam politik tetapi wanita muda juga diberikan peluang untuk aktif dalam politik dan memerang jawatan dan diberikan tempat.
01:12Ini mempunyai satu sifat kepimpinan seorang pemimpin yang memberikan kepercayaan dan bagi saya kadang-kadang banyak kepimpinan bila nak berikan tempat selalu melihat kepada tidak mahu mengambil peluang.
01:29They will not take chances. Pada hari ini kita tengok parti saya sendiri banyak calon-calon muda diketengahkan kepimpinan parti saya memberi peluang kepada generasi muda yang akan bergerak bersama dengan generasi yang berpengalaman.
01:42Saya selalu menyentuh tentang kejayaan parti UMNO Barisan Nasional melalui kewujudan puteri.
01:50Sebagai legasi yang saya takkan lupa tentang peranan, komitmen dan sokongan arwah kepada wanita Melayu muda dalam negara kita.