Kertas siasatan berhubung kes sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Nibong Tebal, dekat sini yang terlibat dalam kes buli telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Pulau Pinang untuk arahan dan tindakan selanjutnya.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kertas siasatan berhubung kes kumpulan pelajar maktab rendah sains Mara MRSM di Nibung Tebal, Kepala Batas yang terlibat dalam kes buli, telah dihantar ke timbalan pendakwa raya TPR Pulau Pinang untuk arahan dan tindakan selanjutnya.
00:14Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Hamzah Ahmad berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan itu selepas merekodkan keterangan beberapa pihak termasuk pelajar yang terlibat dan sekarang ini menunggu arahan serta tindakan selanjutnya daripada TPR.
00:30Katanya kertas siasatan itu telah dihantar kepada TPR pada 10 April lalu untuk arahan selanjutnya.
00:37Polis telah rekodkan keterangan sebuah pihak yang terlibat untuk lengkapkan siasatan kes itu termasuk pelajar, petugas di MRSM dan juga laporan perubatan.
00:47Jelasnya berdasarkan siasatan polis, kejadian tersebut yang berlaku pertengahan tahun lepas berlaku hanya sekali dan difahamkan mungkin mereka bergurau antara pelajar-pelajar tersebut namun siasatan lanjut telah dijalankan.
00:59Sebelum ini, polis mengesahkan video berdurasi 1 minit 30 saat telah ditular di media sosial yang memaparkan seorang pelajar dibuli di Asrama berlaku di sebuah MRSM di seberang Perai Selatan pada petangahan tahun lepas.
01:11Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 323 Kandung Kesejaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
01:20Pegerusi Majlis Amanah Rakyat Mara, Datuk Dr. Ashraf Wajdi Dusuki pada selasa berkata,
01:24Jawatankuasa Disiplin MRSM mengesyorkan pelajar terlibat kes buli itu ditamatkan pengajian daripada maktab itu.
01:31Terima kasih.
01:32Terima kasih.