MasyaAllah kagum melihat usaha Betty Rahmad menganjurkan majlis ilmu khusus buat sahabat-sahabat selebriti. Indah sungguh circle dan ukhwah yang terjalin sesama mereka demi mencari redha Ilahi dan sama-sama mahu berubah ke arah kebaikan. Terus sebarkan kebaikan dan semoga industri seni juga akan berubah sedikit demi sedikit dalam kebaikan. Besar pahala orang yang memberi manfaat kepada orang lain.