KESIBUKAN sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) tidak membataskan Dr Zaliha Mustafa dalam meraikan ulang tahun perkahwinan ke-34 tahun.
Sisi romantik ibu kepada empat cahaya mata itu terserlah menerusi satu hantaran video yang dimuat naik beliau baru-baru ini.