Ketua Pemuda Bersatu Muhammad Hilman Idham mengingatkan exco sayap itu Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin ‘berhenti mengajar’ cara menguruskan organisasi itu.
00:00Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idhaham mengingatkan ex-co-sayap itu, Wan Myo Safwat Nakyudin Samsudin, berhenti mengajar cara menguruskan organisasi itu.
00:12Hilman turut meminta Wan Myo yang menjadi setiausaha kerja Pemuda Bersatu di era pentadbiran Wan Ahmad Faisal Wan Ahmad Kamal
00:21mengepalai sayap terbabit supaya menyerahkan segala dokumen pentadbiran.
00:27Hilman yang juga adon gombak setia mengulas kenyataan Wan Myo yang mendakwa pengurusan sayap itu dibawahnya
00:34diluar dari kebiasaan dan tidak menggambarkan amalan pentadbiran baik yang berisiko menggugat strukturnya.
00:42Beliau turut meletakkan jawatan Ketua Biro Profesional dan Soekarelawan Bersatu pada 5 Januari lalu,
00:49namun mengekalkan jawatan sebagai ex-co-pemuda tanpa portfolio.
00:54Menurut Wan Myo, tindakan itu disebabkan perbezaan pendiriannya dengan Hilman,
00:59kerana jawatan yang disandangnya iaitu Ketua Biro Profesional dan Soekarelawan bersifat lantikan oleh Hilman pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu November lalu.