Ngaji Al-Quran Online Dengan Wan Teh - Aisyah Al Kahfi 1 - 10 سورة الكهف #ngaji #alquran #alkahfi
Sediakan Al-Quran anda dan mari mengaji dengan cara yang betul Insha’Allah https://www.youtube.com/@ngajidenganwan?sub_confirmation=1
Kami mengalu-alukan sumbangan pembiayaan kos pengurusan saluran ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Sumbangan pembiayaan boleh dibuat melalui 1. https://paypal.me/ngajidenganwan?country.x=MY&locale.x=en_US 2. https://www.buymeacoffee.com/ngajidenganwan 3. DuitNow - 180659045706 4. https://wise.com/pay/me/mohda1835
Langgan sekarang & mari mengaji Al-Quran https://www.youtube.com/@ngajidenganwan?sub_confirmation=1
[1] Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): [2] (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. [3] Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. [4] Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". [5] (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. [6] Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. [7] Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. [8] Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. [9] Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? [10] (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".