• 2 days ago
Gerakan tidak mungkin keluar PN

Parti Gerakan tidak akan meninggalkan koalisi Perikatan Nasional (PN), walaupun ada pertikaian atau perbezaan pandangan dengan dua rakan sekutunya, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Faizal Haika Mat Khazi.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menegaskan dakwaan kononnya Gerakan akan keluar daripada PN hanyalah khabar angin dan tidak berasas sama sekali.

Namun begitu, Dominic mengakui terdapat perbezaan pandangan antara beliau dan pemimpin PN lain, termasuk daripada Pas dan Bersatu namun ia adalah perkara biasa dalam mana-mana gabungan parti politik.

Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/702770/berita/gerakan-tidak-mungkin-keluar-pn

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Gerakan #PerikatanNasional

Recommended