Pengelasan setiap kategori pendapatan isi rumah khusus sekali kategori T15 yang baru diperkenalkan oleh kerajaan menerusi pembentangan belanjawan baru-baru ini harus diperhalusi sebaik mungkin. Jelas Pengarah Kanan, Bahagian Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein, tumpuan bagi pengelasan kategori ini harus memberi tumpuan terhadap pendekatan dari segi penyasaran masyarakat oleh kerajaan serta asas pengelasan kategori yang mana ia berpotensi menimbulkan pergerakan drastik dari segi jurang pendapatan isi rumah, sekali gus memberi cabaran untuk rakyat yang benar-benar layak menikmati subsidi tertentu.
Category
π
News