“Setahun dia tak kerja” - Fatin Afeefa bangga suami usaha bisnes, dah tak main forex

  • kelmarin
PELAKON Fatin Afeefa berasa bangga dengan usaha ditunjukkan suaminya iaitu Aliff Awang mencari pendapatan selepas setahun meninggalkan aktiviti pelaburan mata wang asing atau forex.

Fatin, 30, berkata, sepanjang tempoh itu Aliff bukan hanya duduk goyang kaki di rumah sebaliknya menjalankan beberapa jenis perniagaan bagi menghasilkan pendapatan.