20 lelaki sertai ‘Geng TR’ didakwa di mahkamah

  • 28 hari lalu
BERITA SEMASA 29 MEI 2024

Seramai 20 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Klang pada Rabu, atas satu pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng TR’ sejak lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Mereka ialah N Nithiyan, 39; S Logan, 32; R Parthipan, 32; M Keshava Nair, 30; A Balamurugan, 40; V S Wilbert, 46; M Ramakrishnan, 45; E Mohan, 34; M Thanasekaran, 44 dan Edward Liew, 49.

Turut dituduh S Manoraj, 28; M Amaran, 30; S Hemanathan, 31; K Thana Seelan, 38; K Ravishankar, 43; Muhammad Razi Abdullah, 51; G Deeneskumar, 29; K Venaigaraj, 32; A Kogilan, 26 dan M Tineshkumar, 26.

Kesemua lelaki itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Ahmad Faizadh Yahaya.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana pertuduhan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu, berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Sungai Janggut pada November 2019 hingga 2 Mei lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667272/berita/semasa/20-lelaki-sertai-geng-tr-didakwa-di-mahkamah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #gengtrdidakwa #mahkamah #klang