[TERKINI] Malaysia gesa segera tamatkan konflik, fokus bebaskan Palestin

  • bulan lalu
Malaysia menggesa semua pihak di rantau Asia Barat untuk mengambil langkah berhati-hati dan mengelak daripada memburukkan situasi yang telah berlaku.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi kenyataan memaklumkan, sebarang bentuk provokasi hanya akan menambah konflik di rantau berkenaan dan tidak akan membantu rantau itu serta situasi di Palestin.