MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub

  • bulan lalu
Pengendali akaun media sosial mynewshub telah diambil keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya pada 830 malam Jumaat.

Dalam satu kenyataan media pada sabtu, MCMC berkata, rakaman percakapan tersebut merupakan susulan tindakan suspek memuat naik dan memainkan semula klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.