NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
  • 16 hari lalu
Rakyat Malaysia diingatkan untuk terus berjaga-jaga susulan wujudnya perisian pengintip sofistikated yang mensasarkan pengguna peralatan Apple melalui Apple ID mereka.

Pusat Koordinasi dan Bilik Kawalan Siber Nasional (NC4) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.