Syawal berdarah di Gaza, setiap keluarga pasti ada seorang mati Syahid - Dr Ziad Shehada

  • 2 bulan lalu
Memasuki 1 Syawal, kebiasaannya umat Islam akan memakai baju baharu yang berwarna-warni, beramai-ramai ke masjid bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri, dan seterusnya berkumpul bersama sanak saudara dan sahabat handai.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Ziad Shehada, Pengurus Besar MyCARE Gaza kepada Astro AWANI, kali ini mereka terpaksa bersembunyi di bawah tangga, di dalam bangunan, kerana khuatir akan serangan bom udara daripada tentera Israel.