Raya tanpa air: Penggali telaga tiub terima 50 panggilan sehari
  • 11 hari lalu
Raya tanpa air: Penggali telaga tiub terima 50 panggilan sehari

BERITA SEMASA 10 APRIL 2024

Masalah air yang sering membelenggu rakyat di negeri Kelantan terutamanya ketika musim perayaan menyebabkan ramai yang terpaksa mencari alternatif dengan menggali telaga tiub untuk mendapatkan sumber bekalan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Kaedah tersebut dilihat mampu menghilangkan kegusaran disaat nenyambut kepulangan insan tersayang pada hari lebaran.

Permintaan luar biasa rakyat Kelantan untuk mendapatkan bekalan air sempena Aidilfitri kali ini ditambah lagi dengan keadaan cuaca kemarau bagaikan durian runtuh buat seorang penggali telaga tiub, Mohd Jamil Yaacob, 35, apabila beliau tidak menang tangan memenuhi kehendak pelanggan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #HariRaya #Kelantan #MasalahAir