Jangan takut ambil tindakan terhadap kartel beras
  • 15 hari lalu
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yakin tidak timbul isu sabotaj pengedaran bekalan beras di negara ini, sekiranya kawal selia padi dan beras negara mengambil tindakan tegas terhadap kartel.

Ketua Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata rasa takut untuk mengambil tindakan terhadap kartel terbabit menyebabkan rakyat menjadi mangsa manipulasi sedangkan negara mengeluarkan 60 peratus beras berbanding hanya 40 peratus beras import.
Disyorkan