Mufti kesal tindakan Aliff Syukri

  • 2 bulan lalu
Mufti kesal tindakan Aliff Syukri

BERITA SEMASA 3 APRIL 2024

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kesal dengan tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang memuatnaik klip video di media sosial.

Datuk Seri Dr Wan Salim berkata, pelakuan itu jelas tidak senonoh apabila sekumpulan lelaki Melayu yang beragama Islam terkinja-kinja menari sambil menyanyikan lagu Hari Raya dengan gaya yang memualkan.

Menurutnya, lebih mengecewakan, ia dimuatnaik di media sosial ketika umat Islam di seluruh negara sedang menunaikan fardhu puasa di bulan yang mulia ini.

Susulan daripada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh Aliff Syukri itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657984/berita/semasa/mufti-kesal-kecewa-tindakan-aliff-syukri

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Ramadan