30 hektar hutan tanah gambut di Kuantan terbakar

  • 2 bulan lalu
Kira-kira 30 hektar hutan di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura di sini, dilaporkan terbakar akibat cuaca panas pada pagi jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata setakat 10 malam Jumaat, operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar selain menyekat api daripada merebak ke kawasan lain.