Inflasi: Kenaikan harga akan dirasai pada suku kedua, ketiga

  • 3 bulan lalu
Impak kenaikan harga barang dijangka akan dirasai pada suku kedua tahun ini selepas kerajaan mula meningkatkan mata peratusan cukai perkhidmatan dan peluasan skop cukai tersebut pada 1 Mac lalu. Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr Zakariah Abd Rashid berkata sasaran pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol yang dijangka pada Jun depan juga akan memberi implikasi besar kepada inflasi negara.