Tiada lagi tempat selamat buat penduduk Palestin

  • 3 bulan lalu
Kepungan, kawalan ketat anggota bersenjata di pelbagai kawasan di Gaza termasuk di Rafah membuatkan tiada lagi kawasan yang selamat untuk dijadikan sebagai enklaf penduduk berlindung dari rejim zionis Israel. Tidur dibayangi ketakutan dan ancaman nyawa dengan serangan terus berlaku sehingga ke hari ini. Bagi Samah Murad dan keluarga, perasaan mereka luruh berhadapan dengan situasi mendesak untuk mendapatkan perlindungan di kawasan selamat, sehingga menyebabkan mereka kebuluran selain anaknya yang cedera.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuarakan kegusaran berikutan lebih banyak bantuan perlu disalurkan ke Gaza memandangkan rakyat Palestin ketika berdepan dengan krisis kebuluran. Kegusaran itu disuarakan Guterres ketika berucap di Jordan pada Isnin.

Disyorkan