[TERKINI] Sindiket penyeludupan di pintu masuk negara 15 lagi penjawat awam ditahan

  • 2 bulan lalu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 15 lagi penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak secara haram melalui pintu masuk negara.

Dengan tangkapan terbaharu itu, menjadikan keseluruhan 26 individu termasuk 20 penjawat awam ditahan setakat ini berhubung sindiket terbabit.